Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Peminat bola sepak kembali ke Stadium Negara sedang butiran tiket Piala AFF Suzuki diumum

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Peminat bola sepak kembali ke Stadium Negara sedang butiran tiket Piala AFF Suzuki diumum

Nov 27, 2021 | 05:55 PM

HANYA lebih seminggu memulakan perlawanan bola sepak pertamanya, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan butiran tiket bagi Piala AFF Suzuki pula pada Sabtu (27 November).

Dalam satu kenyataan media, FAS berkata tiket bagi setiap hari perlawanan ditetapkan pada $25 seorang buat orang dewasa dan $15 seorang bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Ia akan mula dijual di laman https://www.fas.org.sg/tickets/ mulai tengah hari Ahad (28 November).

Singapura akan membuka tirai perlawanan dwitahunan melibatkan 10 pasukan ini dengan menentang Myanmar di Stadium Negara pada 5 Disember ini.

Sedang pengumuman tersebut tidak mendedahkan jumlah penonton yang dibenarkan menghadiri perlawanan berkenaan, akhbar The Straits Times difahamkan 10,000 peminat dibenarkan hadir bagi setiap hari perlawanan dalam stadium yang boleh menampung 55,000 orang.

Dalam pada itu, 1,000 penonton dibenarkan bagi setiap hari perlawanan di Stadium Bishan yang boleh menampung 6,000 orang.

Setiap hari perlawanan menampilkan dua permainan, kedua-duanya dari Kumpulan A atau B.

Stadium Negara akan menjadi hos bagi semua perlawanan kecuali satu permainan dari Kumpulan A yang melibatkan pasukan Singapura sementara Stadium Bishan akan menjadi lokasi utama bagi perlawanan Kumpulan B.

FAS, dalam kenyataannya, bagaimanapun menyatakan hanya mereka yang sudah lengkap divaksin akan dibenarkan menonton perlawanan itu manakala wang tiket tidak akan dikembalikan bagi mereka yang gagal menunjukkan bukti bahawa mereka sudah lengkap divaksin lantas tidak dibenarkan masuk.

Langkah jarak selamat yang tegas akan dikuatkuasakan dari segi pelan dan peruntukan tempat duduk yang terhad pada kumpulan dua orang sahaja di Stadium Negara dan tempat duduk perseorangan di Stadium Bishan.

Jualan tiket bagi tiga hari pertama eksklusif buat warga Singapura. FAS telah membuka ruang prapendaftaran buat peminat Singapura pada 18 November dengan mereka yang menunjukkan minat diberi pautan untuk membeli tiket.

Peminat dibenarkan membeli hingga lapan tiket bagi setiap hari perlawanan dan menikmati potongan harga 20 peratus jika mereka membeli secara menyeluruh kesemua empat perlawanan melibatkan Singapura atau dikenali sebagai Pek SG, pada tiga hari pertama jualan tiket.

Setiausaha Agung FAS, Yazeen Buhari, akur bahawa proses mengumumkan butiran tiket ini mengambil masa lebih lama dan faham akan keterujaan peminat untuk hadir di perlawanan berkenaan.

Katanya: "Kesihatan dan keselamatan peminat kekal menjadi keutamaan kami khususnya dalam keadaan kini dan kami yakin protokol keselamatan dan langkah pengurusan selamat yang akan dilaksanakan akan memastikan pengalaman menikmati hari perlawanan yang selamat dan seronok buat semua.

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada peminat kerana kesabaran mereka dan saya menantikan masa bertemu mereka di stadium untuk bersorak buat pasukan kegemaran mereka sedang kita menyaksikan aksi bola sepak tahap terbaik di rantau ini.

"Edisi Piala AFF Suzuki kali ini akan juga menyaksikan pemain kita (Singa-Singa kita) bermain di lapangan kota kediaman mereka selepas lebih dua tahun dan saya pasti peminat Singapura akan tampil bersatu hati untuk bersorak buat pemain Singapura." 

Bagi mereka yang tidak dapat menghadiri perlawanan ini di stadium, The Straits Times difahamkan Mediacorp telah mencapai persetujuan dengan pemilik hak Piala Suzuki, Sportfive, untuk menyiarkan perlawanan Singapura secara langsung.

Difahami juga Mediacorp akan menyiarkan permainan melibatkan pasukan lain di platform digital meWATCH.

Apabila dihubungi, jurucakap Mediacorp menjelaskan ia hanya dapat mendedahkan lebih banyak butiran perkara ini tidak lama lagi.

Singapura yang sudah empat kali bergelar juara berada dalam Kumpulan A bersama Myanmar, juara lima kali Thailand, Filipina dan Timor-Leste.

Kumpulan B pula terdiri daripada juara bertahan Vietnam, Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Dua pasukan terhandal daripada setiap kumpulan akan layak ke pusingan separuh akhir 'berkaki dua' (dua pusingan perlawanan) sebelum peringkat akhir 'berkaki dua' (dua pusingan perlawanan) dengan juara Asean ditabalkan pada 1 Januari.

Semua perlawanan kalah mati ini akan berlangsung di Stadium Negara.

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3