Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Peminat hampa tiket perlawanan S’pura dihad, minta FAS cari huraian masa depan

FAS ambil pendekatan berhati-hati dan mengehad 5,000 – purata kehadiran – perlawanan persahabatan
Jun 21, 2023 | 06:21 PM



Penjualan tiket yang dihadkan bagi dua perlawanan persahabatan antarabangsa pasukan Singa di Stadium Negara pada minggu lalu adalah satu ‘langkah silap’ oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), kata kumpulan penyokong setia bola sepak negara.

Malah, mereka menggesa badan pentadbir bola sepak Singapura itu agar bertanggungjawab atas tindakan mereka, ketika ramai peminat setempat semakin hilang kesabaran dan sokongan untuk pasukan negara.

Kurang 5,000 penyokong hadir bagi perlawanan antara Singapura dengan Papua New Guinea pada 16 Jun, dengan angka yang serupa hadir di Stadium Negara bagi perlawanan dengan Solomon Islands pada 18 Jun.

Stadium Negara boleh diisi 55,000 penonton.

Seramai 4,918 peminat turun padang pada aksi menentang Papua New Guinea, yang berkesudahan 2-2, manakala seri 1-1 pada Ahad dengan Solomon Islands dihadiri 4,952 penyokong.

Sekitar tiga jam sebelum bermulanya aksi menentang Papua New Guinea pada Jumaat, FAS mengumumkan tiket bagi kededua perlawanan telah “habis dijual” – walaupun tempat duduk kosong kelihatan pada bahagian yang memerlukan tiket.

FAS tidak mendedahkan bahawa ada had ditetapkan untuk kededua perlawanan apabila jualan tiket bermula pada 1 Jun. Ia menyatakan bahawa tiket berharga antara $9 dengan $18, akan dijual di dalam talian dan di stadium pada hari perlawanan.

Namun menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, FAS berkata “ia telah mengambil pendekatan berhati-hati dan had 5,000 telah ditentukan terlebih dahulu memandangkan purata kehadiran sebelum ini untuk perlawanan persahabatan antarabangsa adalah sedemikian”.


Tiket dijual menerusi Sistic dan dalam bilangan besar, yang menunjukkan bahawa 5,000 tiket adalah mencukupi “daripada permintaan peminat dan juga dari sudut kewangan”, kata FAS.

Menyedari permintaan lewat untuk tiket, Timbalan Setiausaha Agung FAS, Gerard Christopher menjelaskan bahawa persatuan itu telah meneroka pilihan untuk membuka lebih banyak bahagian, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana “tempoh pendahuluan yang diperlukan untuk persediaan logistik dan tenaga kerja”.

Syed Faris Syed Kassim, 33 tahun, anggota kumpulan penyokong SingaBrigade, menyifatkan isu tiket itu “bukan saja teruk, bahkan satu bencana”.

Syed Faris berkata: “Mereka (FAS) mengambil jalan paling mudah dan mengarut.

“Bagi saya, jika tiket dijual pada hari perlawanan, mesti ada penonton hendak beli dan mungkin boleh dapat tambah 2,000 hingga 3,000 penonton dalam stadium.

“Mengenai kos dan logistik, pihak berkepentingan perlu tampil bersama untuk menanganinya. Kita mempunyai program, Unleash the Roar! untuk membangun bola sepak setempat pada masa depan tetapi pemikiran kita semakin mundur.”


Dalam pada itu, Syed Faris berkata SingaBrigade masih menunggu semakan FAS bagi persembahan pasukan Singa dalam Piala AFF sejak Januari 2023 dan meminta badan itu menunjukkan mereka bertanggungjawab dan bersedia mengadakan perbincangan jujur mereka dalam membangun bola sepak Singapura.

Ini termasuk pelantikan jurulatih pasukan nasional Singapura Takayuki Nishigaya, yang sejauh ini kurang memenuhi jangkaan, kata beliau.

SingaBrigade tidak hadir ke kededua perlawanan di Stadim Negara baru-baru ini.

“Kami kasihani pemain dalam skuad nasional. Mereka berhak mendapat sokongan peminat tetapi sehingga Nishigaya meninggalkan jawatannya dan FAS memberikan ulasan jujur ​​mereka dan memberikan jawapan konkrit kepada peminat, SingaBrigade akan terus tidak hadir di perlawanan antarabangsa pada masa hadapan,” kata Syed Faris.

Namun, beberapa anggota Singapore Die Hard Fans memberitahu tetap datang ke stadium untuk memberi sokongan.

Salah seorang daripada mereka, Faizal Jamil, 38 tahun, memberitahu Berita Harian (BH) beliau prihatin FAS hilang sokongan dalam kalangan peminat bola sepak setempat.


“Peminat tidak hanya menyokong apabila pasukan menang. Tetapi, memandangkan keadaan sekarang, ia amat perit melihat Singapura, yang sebelumnya pasukan kuat di Asia Tenggara, benar-benar teruk… Bagaimanapun, Singapore Die Hard Fans akan terus menyokong pasukan dan berharap ada penambaikan tidak lama lagi,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >