Premium
Peminat Inter Milan maut dilanggar
Dec 29, 2018 | 5:30 AM
CARI BUKTI: Penyiasat forensik mencari bukti di sekitar tempat kejadian pergaduhan di mana seorang peminat Inter telah mati setelah dilanggar sebuah kenderaan. - Foto REUTERS -
ROME: Seorang peminat Inter Milan maut Khamis lalu selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika pergaduhan dengan penyokong Napoli sebelum perlawanan Serie A antara kededua kelab di San Siro pada Rabu lalu.
Ketua polis Milan, Encik Marcello Cadorna memberitahu wartawan bahawa kejadian itu berlaku selepas sekitar 100 penyokong Inter menyerang bas mini yang dinaiki penyokong Napoli dengan rantai besi dan tukul.

