Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSIAPAN PRAMUSIM BOLA SEPAK EROPAH

Pemindahan ke Man U penuh cabaran tapi Varane tak menyesal

Jul 24, 2022 | 06:40 AM



LONDON: Pemain pertahanan Manchester United, Raphael Varane, berkata beliau tidak pernah menyesal berpindah ke Old Trafford.



Varane, warga Perancis berusia 29 tahun, menyertai United pada musim panas tahun lalu, tetapi musim pertamanya dalam Liga Perdana England (EPL) mengecewakan, dengan beliau dihantui kecederaan dan form yang kurang meyakinkan.



Berpindah ke Old Trafford juga bermakna beliau meninggalkan Real Madrid dan bukan sahaja terlepas peluang memenangi kejuaraan La Liga Sepanyol yang keempat, malah kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah yang kelima.



Namun, dalam wawancara dengan BBC baru-baru ini, beliau menolak cadangan wartawan bahawa beliau menyesali keputusan berpindah ke Manchester.



"Kita perlu sentiasa mencabar diri kita sendiri, begitu juga dalam bola sepak.



"Saya ingin merasai pengalaman baru selepas sedekad berada di tempat yang sama (Real)," kata Varane.



"EPL ialah liga yang hebat dan United adalah kelab yang masyhur. Saya tidak pernah mempersoal keputusan saya."



Namun, Varane akur cabaran yang dihadapinya di Old Trafford pada masa ini berbeza dengan cabaran di Bernabeu.



Di sana, beliau dan Real sentiasa bersaing bagi kejuaraan utama, sejak menyertai kelab itu pada 2011.



Namun, di Old Trafford pada masa ini, cabaran yang dihadapinya amat berbeza.



Era pasca Sir Alex Ferguson telah menyaksikan United bergelut bersaing secara konsisten bagi kejuaraan liga dan di Eropah dan kini, jurang antara United dengan dua pasukan terunggul di EPL, Manchester City dan Liverpool, dianggap kian meluas.



Namun, Varane berkata pengurus baru pasukan, Erik ten Hag, telah mengubah cara permainan pasukan sejak menyertai kelab itu dan kini mereka bermain dengan lebih pantas dan dengan persefahaman yang lebih baik.



Malah, baru-baru ini, United membelasah Liverpool 4-0 dalam perlawanan persahabatan di Bangkok.



Walaupun Liverpool menurunkan ramai pemain muda dan yang bukan pemain kesebelasan utama dalam perlawanan itu, Varane berkata ia menunjukkan perkembangan dalam pasukan United, menjelang musim baru nanti.



"Ia musim baru... permulaan baru. Keyakinan diri amat penting dan kami kehilangannya selepas tewas dalam beberapa perlawanan. Tapi kini, saya yakin kami boleh bermain dengan lebih baik untuk mencapai potensi kami," kata Varane.



Mengulas mengenai cara Ten Hag mempersiap pasukan, Varane berkata:



"Beliau bersikap amat positif dan beliau mahukan kami bermain dengan bertenaga dan mengasak lawan di bahagian padang mereka. Cara permainan ini meninggalkan ruang dalam bahagian padang sendiri, yang boleh digunakan pihak lawan, tetapi kami benar-benar seronok dengan cara permainan sebegini.



"Bagi saya ini adalah permulaan baik bagi semua."



Dalam pada itu, Varane berkata beliau tidak sabar bergandingan dengan pemain pertahanan baru - Lisandro Martinez - yang dibeli Ten Hag dari Ajax.



Martinez, yang pernah bermain di bawah bimbingan Ten Hag di Ajax, dianggap sebagai pemain pertahanan pilihan utama bagi pengurus baru itu.



Beliau dijangka menyertai pasukan pada 30 Julai, apabila United bertandang ke Oslo untuk bermain dalam perlawanan persahabatan dengan Atletico Madrid.



Dengan Ten Hag memberi pengesahan kapten Harry Maguire akan kekal sebagai kapten dan bermain dalam pasukannya, kedudukan Varane mungkin tergugat.



Namun Varane berkata beliau tidak bimbang.



"Harry ialah pemain yang begitu penting bagi kami... beliau kapten kami. Dalam setiap pasukan, tentunya ada persaingan dan persaingan yang sihat adalah baik untuk pasukan... ini bukanlah masalah," ujar Varane. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >