Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemindahan pemain, ekosistem kelab harus berasas dasar yang kukuh

Feb 26, 2024 | 05:30 AM



LONDON: Pemilik bersama Manchester United, Sir Jim Ratcliffe, berkata United sudah ‘jatuh jauh’ daripada standard yang dituntut penyokong kelab itu, dan kunci kepada mengatasi keadaan itu antaranya ialah menerusi dasar pemindahan pemain yang baik.


“Hakikatnya, tahap yang kami tuntut dari Manchester United bukanlah tahap kami sekarang ini. Untuk mengatasinya, ia memerlukan masa. Ia bukan hanya tentang pemain, ia adalah keseluruhan ekosistem kelab ini. Terdapat beribu-ribu orang dalam ekosistem itu dan kami perlu mendapatkan ekosistem itu bekerja dengan sangat baik.

“Kami perlu menjadi sebaik orang lain dalam bidang pemindahan pemain dan kami belum melakukannya. FFP atau Financial Fair Play iaitu peraturan Liga Perdana yang memerlukan kelab tidak berbelanja lebih daripada pendapatan ialah unsur baru dalam bola sepak dan bahagian yang amat penting dalam menguruskan kelab bola sepak dengan baik. Kami akan menilai kedudukan kewangan kami, dan membuat peruntukkan sebaiknya.


“Kami perlu mencari kakitangan dan pemain terbaik di dunia, memastikan mereka mempunyai watak dan personaliti yang betul, dan mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk atlet elit untuk berjaya. Apa yang kami lakukan ialah dengan tujuan utama iaitu memperbaiki persembahan di padang,” ujar beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >