LVIV (Ukraine): Melihat dirinya dibuang padang semasa perlawanan hambar yang berkesudahan seri tanpa gol dengan Shakhtar Donetsk mungkin sesuatu yang tidak terlintas dalam fikiran Xabi Alonso, yang meraikan penampilan kali ke-100 dalam Liga Juara-Juara Eropah.
Namun, pengalaman pahit itulah yang mencemari detik bersejarah tunggak midfield Bayern Munich itu apabila dilayangkan kad merah dalam babak kedua pertemuan penuh fizikal dengan kelab Ukraine itu dalam pusingan 16 pasukan terakhir kejohanan elit kelab-kelab Eropah itu.