Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KE-29: ATLETIK

Penantian Sng berakhir dengan kalungan emas

Aug 26, 2017 | 05:30 AM



PENANTIAN mendebarkan atlit lompat tinggi negara, Michelle Sng, berakhir dengan berita yang diharap-harapkannya apabila beliau diisytihar pemenang bersama - dengan atlit Vietnam Duong Thi Viet Anh - acara itu selepas kededuanya mencatat lompatan dengan ketinggian yang sama iaitu 1.83 meter.



Sebelum ini, Sng dan Duong telah diberitahu bahawa mereka akan diberikan pingat emas bersama di akhir lompat tinggi itu yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil malam kelmarin.



Namun, 10 minit kemudian, penganjur mengubah fikiran - meminta kededua atlit itu melakukan lompatan lagi bagi memutuskan pemenangnya.



Doung kemudian diisytihar pemenang selepas Sng gagal mengatasi ketinggian 1.82 meter tetapi pegawai Team Singapore membuat rayuan kerana berasa bahawa tindakan menyuruh kededua atlit melakukan lompatan selepas tamat pertandingan adalah tidak adil.



Semalam, juri rayuan menerima rayuan itu dan memutuskan untuk mengumumkan Duong dan Sng sebagai pemenang emas bersama bagi acara itu.



Di temasya Sukan SEA dua tahun lalu di Singapura, Sng meraih gangsa setelah mencipta rekod nasional dengan lompatan setinggi 1.84 meter.



Dalam acara balapan lain petang semalam, pasukan pecut wanita negara berjaya mencipta rekod nasional baru dalam perlumbaan berganti-ganti 4x100 meter walaupun tidak meraih pingat.



Kuartet yang terdiri daripada Wendy Enn, Dipna Lim Prasad, Shanti Pereira dan Nur Izlyn Zaini berjaya mencatatkan masa 44.96 saat, lantas memecahkan rekod nasional 45.41 saat yang dicatatkan di Sukan SEA dua tahun lalu.



Ia juga kali pertama skuad wanita negara berjaya berlari di bawah 45 saat.



Vietnam, yang sebelum ini menguasai acara larian pecut Sukan SEA tahun ini, sekali lagi bergelar juara dengan masa 43.88 saat, manakala Thailand berada di tempat kedua dengan masa 44.62 saat.



Filipina yang mencatatkan masa 44.81 saat memungut gangsa.



Semasa ditemui selepas perlumbaan, Lim Prasad berkata beliau dan rakan-rakan lariannya begitu gembira dengan pencapaian mereka semalam.



"Memang ini matlamat kami - mencipta rekod negara dan meningkatkan prestasi kami," katanya.



Dalam acara 100 meter lari berganti-ganti lelaki pula, kuartet yang terdiri daripada Timothee Yap, Muhammad Hariz Darajit, Ariff Januri dan Khairyll Amri Tumadi sekadar menduduki tempat ketujuh dengan catatan masa 40.93 saat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >