Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA

Pencapaian 'hebat' Wales layak ke Piala Dunia selepas lebih 60 tahun

Jun 07, 2022 | 05:30 AM



CARDIFF (Wales): Kemenangan Wales di pusingan kelayakan Piala Dunia ke atas Ukraine merupakan satu keputusan yang "terhebat" bagi pasukan itu, kata Gareth Bale.



Bale memastikan kemenangan Wales dengan kemenangan tipis 1-0 selepas sepakan percumanya pada minit ke-34 ditanduk masuk ke gawang sendiri oleh kapten Ukraine, Andriy Yarmolenko.



Keputusan itu menamatkan penantian Wales selama 64 tahun untuk membuat penampilan di Piala Dunia Qatar pada hujung tahun ini nanti.



"Ia adalah keputusan terbaik dalam sejarah bola sepak Wales," kata Bale kepada Sky Sports.



"Ia sungguh bermakna. Ia bagaikan satu mimpi menjadi kenyataan. Saya tidak mempunyai sebarang kata-kata untuk mengungkap perasaan ini kerana saya rasa amat gembira."



Wales kini akan ke Qatar pada November, di mana mereka akan menentang England, Amerika Syarikat dan Iran dalam Kumpulan B saingan Piala Dunia.



"Sukar untuk menyatakannya dengan kata-kata," tambah Bale di BBC Radio.



"Inilah sesuatu yang kami telah usahakan sepanjang kerjaya kami dan mencapainya untuk peminat, negara, diri kami dan keluarga kami adalah satu kejayaan yang luar biasa... sesuatu yang akan kami banggakan buat selama-lamanya.



"Ia sungguh bermakna. Ia adalah kepingan terakhir jigsaw yang kami semua mahukan dan kami akan meraikannya malam ini."



Penjaga gawang, Wayne Hennessey, antara wira pasukan selepas menyelamatkan beberapa percubaan pasukan lawan untuk memastikan gawang mereka tidak dibolosi.



Mengulas tentang kemenangan itu, pengurus Wales, Rob Page, berkata:



"Saya sangat bangga dengan pemain-pemain... mereka benar-benar berhak mendapat kelayakan ini.



"Satu perkara yang pemain-pemain ini tidak mempunyai ialah pengalaman bermain di Piala Dunia dan kini kami sudah pun sampai ke tujuan kami.



"Apabila anda melihat apa yang mereka lakukan dalam latihan, saya mempunyai kepercayaan penuh terhadap mereka."



Keputusan itu sekali gus meranapkan harapan Ukraine, yang dilanda peperangan, untuk layak ke Piala Dunia.



Skuad kebangsaan Ukraine membuatkan negara itu berbangga selepas berjaya menewaskan Scotland 3-1 pada Rabu lalu dalam perlawanan kompetitif pertama mereka sejak pencerobohan Russia.



Ukraine yang dikendali Oleksandr Petrakov lebih banyak menguasai permainan namun nasib tidak menyebelahi mereka untuk merebut tiket ke Qatar tahun ini.



"Saya rasa kami sudah melakukan apa yang termampu, tetapi saya mahu rakyat Ukraine mengingati pasukan ini, usaha kami.



"Saya mohon maaf kerana tidak menjaringkan gol tetapi inilah sukan," kata Petrakov yang pada Rabu lalu menyaksikan anak buahnya menewaskan Scotland 3-1 pada separuh akhir play-off.



Pemain Manchester City dari Ukraine, Oleksandr Zinchenko memberitahu Sky Sports:



"Penjaga gawang Wales beraksi dengan cemerlang, beliau pastinya pemain terbaik perlawanan.



"Saya merasakan kesedihan peminat kami, tetapi saya ucapkan yang terbaik buat Wales untuk Piala Dunia." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >