Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pencapaian sukan menarik sepanjang 2021

Wabak Covid-19 mungkin telah menjejas banyak acara sukan namun pandemik itu tidak mengugat semangat juang atlet dan penggiat sukan untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama negara. BERITA HARIAN menyingkap beberapa pencapaian manis dalam dunia sukan sepanjang 2021.
Dec 29, 2021 | 05:30 AM



BADMINTON JUARA DUNIA



SUKAN badminton di negara ini kembali menarik minat ramai orang selepas kejayaan Loh Kean Yew menjadi juara dunia baru-baru ini.



Detik kemenangan bersejarah pemain badminton Singapura Loh Kean Yew di Kejuaraan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Sepanyol pada Hari Krismas lalu.



Ini setelah Loh meraih kemenangan bersejarah untuk Singapura dan menjadi rakyat Singapura pertama yang memenangi Kejohanan Dunia BWF.



Sepanjang tempoh kejohanan itu, Loh menumpaskan beberapa pemain handal dunia seperti pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dan Anders Antonsen yang menduduki tempat ketiga di dunia, sebelum dinobatkan juara.



Dalam pusingan akhir, Loh berjaya menewaskan Srikanth 21-15, 22-20 sekali gus menjadikannya rakyat Singapura yang pertama untuk memenangi kejuaraan itu.



Beliau mengalahkan rakannya semasa kecil yang juga pemain Malaysia yang berada di kedudukan nombor tujuh dunia iaitu Lee Zii Jia, sebanyak dua kali.



Ranking dunianya naik dari 22 kepada 15.



Loh dibesarkan di Pulau Pinang, Malaysia, dan dilatih di Persatuan Badminton Pulau Pinang sehingga beliau berusia 12 tahun, apabila beliau diterima masuk ke Sekolah Sukan Singapura.



Pemain badminton berusia 24 tahun itu, yang kini seorang rakyat Singapura, menarik perhatian ramai dengan kemenangan demi kemenangan yang diraihnya.



Loh membuktikan kehandalannya selepas menumpaskan permain hebat, Lin Dan, dalam acara Terbuka Thailand pada tahun 2019.



Selepas itu beliau terus menerus menundukkan lawannya yang terdiri daripada nama-nama besar dalam perlawanan badminton.



Dalam tempoh dua bulan lalu, beliau berjaya menewaskan juara satu dunia, Axelsen (World Championships), juara dunia kedua, Kento Momota (Indonesia Open), juara dunia ketiga Anders Antonsen (World Championships) dan juara dunia keempat, Chou Tien Chen (Hylo Open).



Selain kelima-lima juara dunia itu, beliau juga mengalahkan juara dunia kesepuluh, Rasmus Gemke sebanyak dua kali (Hylo Open dan Indonesia Open) dan juara dunia ketujuh, Lee Zii Jia (French Open dan Hylo Open).



PIALA AFF SUZUKI 2020



Kisah 'kecewa' pasukan bola sepak Singapura di Piala AFF Suzuki 2020 mungkin sudah berakhir, namun diskusi mengenai perlawanan itu masih lagi hangat.



Bukan sahaja di Singapura, di laman media sosial, penyokong pasukan bola sepak Indonesia dan Malaysia menyanjungi semangat juang pasukan Singapura sampai ke wisel penamat.



Ada peminat sukan termasuk dari Indonesia, guna 'meme' untuk puji pasukan Singapura, yang berjuang habis-habisan meski kehilangan tiga pemain.



Prestasi pasukan Singa telah dapat 'memenangi' hati peminat bola sepak setempat, malah di negara-negara jiran.



Meskipun kecundang 2-4 (atau 3-5 mengikut agregat) di tangan Indonesia setelah aksi kedua perlawanan separuh akhir pada Sabtu malam Krismas - 25 Disember.



Pasukan bola sepak negara tetap 'menang besar' atas semangat kesukanan mereka berjaya menambat hati rakyat Singapura, seperti kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dalam satu catatan Facebooknya sebelum ini.



Malah Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata meskipun kalah di tangan Indonesia, mereka bertarung dengan handal dan mempamerkan semangat luar biasa, mendirikan benteng pertahanan yang kukuh walau berdepan rintangan,



"Satu usaha yang menakjubkan oleh pasukan itu! Kami semua berbangga dengan anda!," kata Encik Lee.



Prestasi menonjol pasukan negara itu membangkitkan rasa bangga rakyat Singapura. Ini seperti dirakam oleh Kementerian Pertahanan dalam Facebook:



Pasukan Singa, termasuk tiga anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa - Muhammad Hami Syahin Said, Muhammad Zulqarnaen Suzliman dan Ilhan Fandi Ahmad, yang diberikan pelepasan daripada NS untuk berlatih dan berlawan dalam Piala Suzuki - mara ke peringkat separuh akhir buat kali pertama dalam masa sembilan tahun.



"Kami akan terus menyokong anda, maju Lions!"



ANUGERAH JAUHARI HARAPAN 2021



Pemain lawan pedang, Kiria Tikanah Abdul Rahman, 21 tahun, merupakan penerima Anugerah Jauhari Harapan 2021 anjuran Berita Harian baru-baru ini.



Menteri Pengangkutan S Iswaran dalam ucapannya selaku tetamu terhormat di majlis penyampaian Anugerah Jauhari Berita Harian pada 22 Disember lalu menyifatkan "bukan sahaja telah bekerja keras untuk menjadi mahir dalam bidang masing-masing tetapi juga mementingkan pembelajaran sepanjang hayat supaya dapat kekal relevan dalam usaha mereka mengejar kecemerlangan".



Impian Kiria Tikanah Abdul Rahman untuk menjadi atlet Olimpik, menjadi kenyataan selepas beliau menjuarai acara epee dalam pertandingan kelayakan Olimpik Asia-Oceania di Tashkent sebelumnya.



Beliau membawa bendera Singapura dalam sukan lawan pedang bersama-sama seorang lagi jaguh tempatan, Amita Berthier.



Mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) mahu terus memperbaiki prestasi secara lebih tertumpu.



Kiria juga merupakan juara bertahan Sukan SEA setelah membawa pulang pingat emas bagi acara tersebut pada 2019 di Filipina.



Selepas Sukan Olimpik Tokyo nanti, tumpuan Kiria beralih pula ke Sukan SEA Hanoi



PENCAPAIAN ATLET PARA



Bagi atlet para, wabak merupakan rintangan sedang mereka berusaha berlatih di sebalik sekatan Covid-19.



Namun, Yip Pin Xiu bangkit mengatasi kesukaran tersebut di Paralimpik Tokyo untuk mengulangi prestasi dua emas pada Sukan Rio de Janeiro 2016, menjadikannya Paralimpik Singapura paling berjaya setakat ini dengan lima emas dan satu perak.



Titisan air mata perenang berusia 29 tahun itu apabila lagu kebangsaan Singapura dimainkan selepas emas pertamanya di Tokyo menunjukkan betapa besarnya kejayaan itu baginya.



Usaha cemerlang Yip mencetuskan perdebatan yang hangat mengenai perbezaan ganjaran wang tunai antara atlet Paralimpik dan Olimpik yang memenangi emas, dan akhirnya DBS Bank tampil untuk menggandakan anugerah wang tunai atlet para di sukan utama.



Yip juga dianugerahkan Anugerah Presiden baru untuk Pencapaian Berinspirasi, mengiktiraf kejayaannya yang penuh inspirasi mengatasi kesukaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >