Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendayung, atlet SG pertama 'masuk gelanggang'

Jul 24, 2021 | 5:30 AM
AKSI BERMULA: Poh mencatat masa 8 minit 31.12 saat dalam pusingan saringan dua sculls perseorangan wanita (2,000 meter) di Sukan Olimpik Tokyo pagi semalam. - Foto REUTERS
AKSI BERMULA: Poh mencatat masa 8 minit 31.12 saat dalam pusingan saringan dua sculls perseorangan wanita (2,000 meter) di Sukan Olimpik Tokyo pagi semalam. - Foto REUTERS -

TOKYO: Pendayung Joah Poh menjadi atlet Singapura pertama di Sukan Olimpik Tokyo di mana di bawah panas terik, beliau menduduki tempat keenam dalam pusingan saringan dua di Sea Forest Waterway pagi semalam.

Atlet berusia 30 tahun itu, yang bermula dengan baik di lorong empat dan menghuni tempat kelima daripada enam pendayung selepas 500 meter, tamat perlumbaan di tempat terakhir dalam sculls perseorangan wanita (2,000 meter).

Jururawat itu, yang mengharungi pelbagai cabaran untuk melayakkan diri ke temasya sukan, mencatat masa 8 minit 31.12 saat.

Tiga pesaing teratas dalam pusingan saringan itu - Sanita Puspure dari Ireland; Kenia Lechuga dari Mexico; dan Anneta Kyridou dari Greece - melayakkan diri ke suku akhir.

Bagi tiga pesaing terendah - Felice Aisha Chow dari Trinidad, Kathleen Noble dari Uganda and Poh - akan bertanding dalam saringan semula atau 'repechage' hari ini.

Poh merupakan pendayung kedua mewakili Singapura di temasya sukan itu selepas Saiyidah Aisyah pada 2016.

Negara akan diwakili kontinjen seramai 23 atlet ke ibu kota Jepun itu.

Di Sukan Olimpik Rio 2016, perenang Joseph Schooling memenangi final kupu-kupu 100 meter lelaki, meraih pingat emas pertama negara di temasya sukan musim panas itu.

Singapura telah mengutip lima pingat secara keseluruhannya - satu pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa - dalam sejarah Sukan Olimpiknya.

Tokyo 2020, yang ditangguh selama setahun akibat pandemik Covid-19, mengadakan majlis pembukaannya malam semalam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg