Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pendayung S’pura Saiyidah Aisyah layak ke Sukan Olimpik Paris

Apr 21, 2024 | 10:45 AM



Selepas lapan tahun, pendayung Singapura, Saiyidah Aisyah akan kembali beraksi di Sukan Olimpik.

Aisyah, yang baru menyambut ulang tahun ke-36 tahunnya pada 20 April, berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris, yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos, setelah beliau diberikan tempat ke temasya sukan itu meskipun menamatkan acara final A ‘sculls’ perseorangan wanita di Regata Kelayakan Olimpik dan Paralimpik Asia dan Oceania Dayung Sedunia pada 21 April di tempat terakhir.

Seramai enam pesaing mengambil bahagian dalam acara final itu. 

Beliau mencatat masa 7 min 59.06 saat dalam perlumbaan yang dimenangi oleh pendayung Uzbekistan, Anna Prakaten (7:31.28),diikuti oleh warga Jepun, Shiho Yonekawa (7:35.93) dan warga Iran, Fatemah Mojallal Topragh Ghaleh (7:37.07). 

Hanya lima pendayung yang mendapat tempat ke Sukan Olimpik daripada kejohanan yang diadakan di Chungju, Korea.

Namun, Jepun telah menjuarai dua acara ‘sculls’ kelas ringan ganda lelaki dan wanita di kejohanan kelayakan itu dan hanya diberikan dua tempat untuk ke Sukan Olimpik, mengikut peraturan kuota kelayakan yang ditetapkan.

Justeru, kelayakan Yonekawa dalam acara perseorangan wanita terpaksa digugurkan dan Aisyah ialah pendayung terbaik seterusnya untuk ke Paris.

Dalam mesej WhatsApp beliau kepada wartawan, Aisyah berkata beliau masih tidak percaya dengan kelayakannya itu.

“Tapi saya gembira sebab pada usia 36 tahun saya masih cergas dan kuat!”

Aisyah telah mencipta sejarah sebagai pendayung Olimpik pertama Singapura di Rio 2016, tetapi berehat selama-lamanya daripada pertandingan pada penghujung 2017 sebelum memutuskan untuk memburu penampilan keduanya dalam temasya sukan itu pada Januari.

Aisyah, yang telah bermastautin dan tinggal di Boston, Amerika Syarikat bersama suaminya yang merupakan warga Amerika, telah berada di Sydney, Australia, sejak Januari untuk menjalani latihan bagi percubaan Sukan Olimpik ini.


Beliau juga merupakan pendayung pertama Singapura untuk menang pingat emas di Sukan SEA, yang diraih dalam acara ‘sculls’ kelas ringan perseorangan wanita 2,000 meter pada 2013. 

Pada 20 April, atlet kayak Singapura, Stephanie Chen juga telah menempah tempat kuota Singapura di Sukan Olimpik Paris.

Bertanding dalam kelayakan Sukan Olimpik pecut kanu Asia pada 18-21 April di Tokyo, Chen menduduki tempat ketiga (2 minit 6.129 saat) dalam perlumbaan 500 meter K1 wanita.


Warga Singapura lain yang telah layak ke Sukan Olimpik ialah: pelari pecut Shanti Pereira (200m wanita); atlet ekuestrian Caroline Chew (latihan kuda individu); pemain lawan pedang Amita Berthier (foil wanita); pelayar Maximilian Maeder (kitefoiling) dan Ryan Lo (Laser lelaki); dan perenang Jonathan Tan (50 meter gaya bebas lelaki), Letitia Sim (100 meter kuak dada wanita) dan pasukan berganti-ganti 4x100 meter wanita terdiri daripada Quah Ting Wen, Quah Jing Wen, Letitia dan Levenia Sim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >