Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenembak dipilih pembawa bendera kontinjen Singapura
Premium
Penembak dipilih pembawa bendera kontinjen Singapura
Teo antara 60 atlit negara termasuk empat para-atlit akan tampil di temasya Gold Coast yang bermula kurang dua minggu lagi
Penembak dipilih pembawa bendera kontinjen Singapura
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Mar 24, 2018 | 5:30 AM
SRIKANDI menembak negara, Teo Shun Xie, mendapat penghormatan sebagai pembawa bendera Singapura di temasya Sukan Komanwel Gold Coast, Australia, yang akan akan berlangsung kurang dua minggu lagi.
Berusia 29 tahun, Teo, yang merupakan juara bertahan Sukan Komanwel dalam acara 10 meter pistol angin, menerima bendera negara daripada chef-de-mission kontinjen Team Singapore, Mark Chay, di majlis yang berlangsung di Sekolah Tinggi Dunman semalam.
