Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Penerima baru biasiswa spex alu-alu bantuan

Mar 26, 2021 | 05:30 AM



SETELAH tiga tahun menyepi daripada program Biasiswa Kecemerlangan Sukan (spexScholarship), perenang nasional Quah Ting Wen kembali membuat kemunculan apabila beliau kelmarin dinamakan sebagai antara lapan atlet baru dalam senarai penerima tahun ini.



Quah dikeluarkan daripada program itu pada 2018 setelah gagal memenuhi jangkaan dan harus mendapatkan penaja sebagai sumber pendanaan alternatif selepas permohonannya gagal diterima tahun lalu.



Akur bahawa beliau kini "mempunyai kurang satu perkara untuk dibimbangkan", atlet berusia 28 tahun itu berkata biasiswa tersebut tidak akan mengubah rancangan latihannya dengan beliau sasar menempah tempat Sukan Olimpik ketiganya di Tokyo.



"Kami ada semua perancangan untuk meraih kelayakan dan telah berlatih dengan gigih. Apa yang penting untuk saya adalah untuk yakin pada prosesnya," katanya kepada The Straits Times.



"Dengan sokongan tambahani yang saya perlukan ini, saya boleh tidur lena mengetahui bahawa apa yang saya harus lakukan apabila saya bangun esok adalah untuk berlatih bersungguh-sungguh dan menjadi lebih baik."



Program spexScholarship, yang masuk tahun kesembilannya, akan secara keseluruhan menyokong seramai 76 atlet daripada 20 sukan - termasuk renang artistik yang merupakan tambahan baru - dan enam sukan para tahun ini.



Tujuh penerima baru lain ialah: Debbie Soh dan Miya Yong (renang artistik), Goh Choon Huat (berbasikal), Nurulasyiqah Taha (boccia), James Leow (golf), Sheik Farhan Sheik Alauddin (silat), dan Teong Tzen Wei (renang).



Oleh kerana atlet tidak dapat melakukan perjalanan dan mengambil bahagian dalam pertandingan dek pandemik Covid-19, pemegang biasiswa spex baru dinilai dan dipilih secara menyeluruh berdasarkan prestasi yang ada dan potensi mereka untuk memenangi pingat.



Menteri bagi Budaya, Masyarakat dan Belia Edwin Tong mengucapkan tahniah kepada penerima spexScholarship, berkata:



"Pemegang biasiswa spex terus menunjukkan kesungguhan dan daya tahan semasa tempoh ini dalam usaha mereka mencapai kecemerlangan sukan. Saya percaya bahawa semangat positif mereka akan memberi inspirasi kepada generasi muda kita dengan kita terus menyokong atlet kita sebagai One Team Singapore."



Atlet boccia Nurulasyiqah, yang menang dua pingat emas di Sukan Para Asean, berkata: "Biasiswa ini akan pastinya membantu menyokong pertandingan luar negara saya, sekiranya keadaan Covid-19 beransur pulih. Saya tekad untuk berlatih lebih gigih untuk membanggakan Singapura."



Dilancarkan pada 2013, spexScholarship menawarkan sokongan untuk atlet yang mempunyai potensi berjaya di pentas Asia dan dunia.



Selain menerima gaji bulanan bernilai antara $1,200 dengan $8,400, pemegang biasiswa juga mendapat sokongan dalam bahagian pendidikan, sains sukan dan pemakanan, antara lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >