Topik diikuti
Pergi ke BHkuPengadil dipukul lepas beri kad merah, seorang pemain disiasat polis
Pengadil dipukul lepas beri kad merah, seorang pemain disiasat polis
Pengadil dipukul lepas beri kad merah, seorang pemain disiasat polis

-
Oct 24, 2018 | 5:30 AM
SEORANG pengadil dikatakan dipukul selepas beliau memberikan kad merah kepada seorang pemain dalam Divisyen Satu Liga Bola Sepak Nasional (NFL) semasa perlawanan antara Gymkhana FC dengan Katong FC di Stadium Yishun, malam Ahad lalu.
Para saksi mendedahkan kad merah dikeluarkan kepada seorang pemain Gymkhana sekitar minit ke-80 perlawanan, dengan pengadilnya Lim Si Seng, 37 tahun, kemudian ditumbuk pada tengkuknya apabila sebilangan orang berkumpul mengelilinginya.
