Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengadil disiasat guna lutut tusuk kelengkang pemain

Apr 4, 2023 | 5:30 AM
PENGADIL MARAH?: Pengadil Fernando Hernandez menunjukkan kad kuning kepada pemain Leon Victor Davila semasa perlawanan pada 1 April. Beliau juga dilihat menusuk lututnya ke kelengkang pemain Leon Lucas Romero. - Foto EPA- EFE
PENGADIL MARAH?: Pengadil Fernando Hernandez menunjukkan kad kuning kepada pemain Leon Victor Davila semasa perlawanan pada 1 April. Beliau juga dilihat menusuk lututnya ke kelengkang pemain Leon Lucas Romero. - Foto EPA- EFE -

MEXICO CITY: Persekutuan Bola Sepak Mexico (FMF) telah melancarkan siasatan ke atas insiden pengadil yang menusuk lututnya ke kelengkang seorang pemain dalam perlawanan antara Amerika menentang Leon pada 1 April.

Perlawanan itu disiarkan di televisyen dan penonton boleh melihat pengadil Fernando Hernandez menusuk lututnya ke kelengkang Lucas Romero apabila pemain midfield Leon itu dan rakannya mengelilingi pengadil.

Mereka sedang marah dan menuntut pengadil supaya meminta penolong pengadil yang memantau video perlawanan atau penolong pengadil yang menggunakan video (VAR) menyemak semula video itu menyusuli gol yang dijaringkan oleh America.

Suruhanjaya Pengadil berkata hasil siasatan itu akan diumumkan selepas ia muktamad.

Namun, meskipun media tempatan mengutuk perbuatan Hernandez, Romero berkata insiden itu sekadar satu salah faham

"Pengadil juga manusia biasa dan mereka boleh melakukan banyak kesilapan dan kesilapan seperti itu boleh mencetus apa yang berlaku selanjutnya, iaitu salah faham yang lain bertindih," kata beliau kepada stesen televisyen Mexico, TUDN.

"Saya enggan menuntut beliau dihukum atau sebarang perbuatan sedemikian, tetapi sekadar meminta supaya pengadil menghormati pemain kerana kami juga menghormati pengadil di padang," ujar beliau.

Seorang bekas pengadil, Felipe Ramos Rizo, berkata tindakan Fernandez itu tidak boleh diterima.

"Perbuatan itu boleh menyebabkan Fernandez tidak boleh mengadili sebarang perlawanan pada masa depan... mengapakah seorang pengadil boleh berkelakuan begitu agresif," kata beliau.

Rizo menambah bahawa presiden Suruhanjaya Pengadil dan pengarahnya perlu memberi penjelasan baik. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg