Topik diikuti
Pergi ke BHkuPengakuan palsu perenang: Majlis Olimpik AS mohon maaf
Pengakuan palsu perenang: Majlis Olimpik AS mohon maaf
Pengakuan palsu perenang: Majlis Olimpik AS mohon maaf

TERDEDAH JUGA: (Dari kiri) James Feigen, Ryan Lochte, Gunna Bentz dan Jack Conger didapati membuat kenyataan palsu telah dirompak di Rio De Janeiro. Sebenarnya, mereka merosakkan tandas awam dan dituntut membayar ganti rugi. - Foto AFP -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 20, 2016 | 5:30 AM
RIO DE JANEIRO: Jawatankuasa Olimpik Amerika Syarikat telah memohon maaf atas perbuatan empat perenang negara itu yang membuat pengakuan palsu telah dirompak di Rio de Janeiro, Brazil, minggu lalu.
Dalam kenyatannya semalam, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Olimpik Amerika Scott Blackmun berkata: "Kami memohon maaf kepada tuan rumah di Rio dan warga Brazil atas keadaan ini yang menarik tumpuan daripada meraikan kecemerlangan sukan (di Olimpik)."
