Topik diikuti
Pergi ke BHkuPengalaman berharga walau gagal dalam pertandingan

SEKITAR AGM: Mohamed Salim Ebrahim Marican (kiri, berkemeja kuning) dan Suzalinah Saidee (kanan) mengikuti taklimat mengenai perkembangan sukan itu semasa di AGM Perses kelmarin.
Nov 1, 2017 | 5:30 AM
Pengalaman berharga walau gagal dalam pertandingan
KALAH atau menang sudah menjadi lumrah bersukan, jadi bagi bekas naib presiden Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses), Mohamed Salim Ebrahim Marican, tiada apa yang hendak dikesalkan menyusuli kegagalannya merebut jawatan presiden badan sukan itu di AGM Perses yang ke-48 malam kelmarin.
Dalam undian yang dibuat 19 anggota kerabat di AGM itu, Salim, 58 tahun, sekadar mendapat empat undian yang menyaksikan Abdul Halim Kader terus menerajui Perses selepas mendapat 14 undian (satu undi rosak).
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti