Pengalaman hebat bagi Alonso, trofi kejuaraan milik pemandu Jepun
Premium
Pengalaman hebat bagi Alonso, trofi kejuaraan milik pemandu Jepun
May 30, 2017 | 5:30 AM
INDIANAPOLIS: Bintang Formula Satu (F1), Fernando Alonso, meninggalkan litar perlumbaan Indy 500 di Brickyard tanpa kemenangan ala cerita kayang-kayangan tetapi menyatakan bahawa beliau tidak menyesal dengan pengalamannya itu tatkala beliau bersiap meneruskan kerjaya F1-nya bersama McLaren.
Penampilan sulung Alonso dalam acara yang dianggap sebagai 'Pertunjukan Terhebat Perlumbaan Kereta' di Amerika Syarikat itu mungkin berakhir dengan kekecewaan - gagal menamatkan cabaran selepas enjin keretanya meletup dengan tinggal lagi 21 daripada 200 pusingan.

