Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOWLING

Pengalaman hebat Iliya saing dengan pemain handalan dunia lain

Bakat muda skuad bowling wanita negara imbas kenangan pulang dengan sebutir pingat di Kejohanan Super Sedunia IBF baru-baru ini
Nov 24, 2021 | 05:30 AM



CITA-CITA untuk beraksi dalam kejohanan sedunia sudah ditanam dalam minda srikandi bowling negara Iliya Syamim Muhd Azni sejak kecil lagi.



Impian Iliya itu tercapai baru-baru ini, selepas beliau membuat penampilan sulungnya di Kejohanan Super Sedunia Persekutuan Bowling Antarabangsa (IBF) di Dubai dari 6 hingga 15 November lalu.



Peluang itu muncul lebih awal daripada yang dijangka, kongsi Iliya, 22 tahun, kepada Berita Harian (BH) dalam satu wawancara secara maya baru-baru ini.



"Sebelum saya mula bertanding dalam sukan ini, saya selalu membayangkan diri saya bersaing dalam kejohanan dunia.



"Saya menetapkan garis masa untuk mencapai matlamat itu tetapi tidak sangka ia dicapai lebih awal," kata Iliya, yang kini sedang menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selepas pulang ke tanah air minggu lalu.



Meskipun baru sahaja melangkah ke pertandingan bowling tahap tertinggi, Iliya - yang telah menceburi sukan ini sejak sembilan tahun - berkata beliau tidak pernah menganggap usianya yang muda itu sebagai satu hambatan untuk beraksi mantap di pentas antarabangsa.



Bahkan beliau memaparkan persembahan 'matang' sepanjang kejohanan.



Iliya memulakan kempennya di Dubai dengan mencatat perfect game atau permainan sempurna selepas menjatuhkan kesemua 300 pin dalam pusingan pertama kelayakan perseorangan wanita.



Beliau mengakhiri acara itu di tempat ketujuh, selepas terkandas di pusingan 32 peserta terakhir.



Namun Iliya tidak pulang dari Dubai dengan tangan kosong.



Beliau memungut pingat gangsa bersama rakan sepasukan Shayna Ng, 32 tahun, Cherie Tan, 33 tahun dan New Hui Fen, 29 tahun, dalam acara berpasukan trio wanita.



"Ia pastinya antara detik terbaik dalam kerjaya bowling saya untuk meraih pingat dalam kejohanan berprestij pertama saya dengan pasukan wanita senior," kata juara Terbuka Antarabangsa Hong Kong pada 2019 itu.



Kemenangan pingat gangsa di Kejohanan Super Sedunia IBF juga menjadi lebih manis bagi Iliya setelah hampir dua tahun tidak bertanding dek pandemik.



Iliya menambah bahawa persiapannya menjelang Kejohanan Super Sedunia IBF turut terhad kerana hanya memiliki sekitar enam minggu untuk membina keserasian dengan pemain senior lain.



Ia juga merupakan kali pertama beliau berlatih bersama Ng, Tan dan New, yang merupakan pemain Persatuan Bowling Wanita Profesional (PWBA) - satu pengalaman yang disifatkan Iliya sebagai banyak memberi manfaat kepadanya.



"Saya rasa gembira dapat bersaing bersama pemain bowling senior negara dan sejak kecil lagi, saya memang kagum dengan pencapaian mereka.



"Mereka ibarat idola saya," kata bekas pelajar Sekolah Sukan Singapura itu.



"Saya banyak belajar daripada mereka dan mereka banyak membimbing saya…daripada persediaan sebelum membuat lontaran bola dan gerak geri tubuh mereka kepada cara mereka kekal profesional walaupun tidak beraksi baik.



"Ia adalah pengalaman yang membuka mata saya... bersaing dengan pemain bowling terbaik dunia," tambah siswazah jurusan Pemasaran Perniagaan di Institut Pengurusan Singapura (SIM) itu.



Dengan kejayaan dan pengalaman yang diraih di Dubai, Iliya kini memburu tempat dalam skuad negara yang akan bertanding di Sukan SEA pada tahun depan.



Beliau juga memendam hasrat menjejakkan kaki ke litar PWBA di masa depan.



Di Kejohanan Super Sedunia IBF yang berakhir baru-baru ini, Singapura mencatatkan kejayaan terbaik di sebuah kejohanan campuran (lelaki dan perempuan) dunia dengan memenangi lima pingat.



Ng dan Tan melangkah ke final perseorangan wanita, yang dimenangi Ng.



Pasukan lelaki negara - yang dianggotai Cheah Ray Han, Jonovan Neo, Darren Ong dan Jomond Chia - pula mencipta sejarah menang pingat perak pertama negara dalam acara berpasukan lelaki.



Ng, Tan, Ong dan Cheah turut merangkul gangsa dalam acara berpasukan campuran.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >