Premium
Penganjur Ragbi 7s 'terus rancangan' Oktober ini
Jun 26, 2020 | 5:30 AM
TARIKAN ANTARABANGSA: Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Singapura HSBC menarik 57,000 peminat secara keseluruhan sepanjang hujung minggu tahun lepas. - Foto fail -
PENGANJUR kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan (7s) Singapura HSBC tahun ini enggan menolak mengadakan acara tersebut dengan kehadiran penonton, dengan jurucakap kejohanan itu memberitahu The Straits Times mereka akan "meneruskan perancangan acara...dengan kehadiran penonton dalam fikiran".
Tindakan tersebut, namun, menimbulkan keraguan sama ada acara pada 10 hingga 11 Oktober itu dapat diadakan, memandangkan ia dijadualkan hanya tiga minggu selepas Grand Prix Singapura Singapore Airlines, yang kini dibatalkan.

