Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenganjur tangguh Sukan Para Asean kerana kurang dana
Penganjur tangguh Sukan Para Asean kerana kurang dana
Penganjur tangguh Sukan Para Asean kerana kurang dana
TEKAD BERIKAN YANG TERBAIK: Walau terkejut dengan keputusan penganjur untuk menangguh APG 2020, Syahidah berkata beliau yakin atlit Team Singapore akan bangkit dan menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. - Foto BH oleh GIN TAY -
Dec 23, 2019 | 5:30 AM
SUKAN Para Asean (APG) tidak akan berlangsung dari 18 hingga 25 Januari seperti yang dijadualkan, selepas Suruhanjaya Sukan Filipina (PSC) berkata ia tidak mempunyai dana mencukupi untuk berbuat demikian.
Pesuruhjaya PSC Encik Arnold Augustin berkata APG, sebaliknya, boleh diadakan pada Mac, selepas mendedahkan bahawa bajet bagi acara itu tergendala, lapor The Straits Times.