Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Pengarah sukan baru Liverpool dijangka main peranan cari pengganti Klopp

Mar 26, 2024 | 03:02 PM



LONDON: Dalam dunia bola sepak yang mementingkan isu pemindahan pemain dan pengurus, peranan pengarah sukan boleh mencetuskan tajuk berita atau gosip, namun pelantikan Richard Hughes oleh Liverpool tidaklah diperbesarkan sangat.


Hughes mungkin tidak mempunyai profil seperti Dan Ashworth yang dikaitkan dengan Manchester United atau reputasi bertaraf tinggi presiden operasi bola sepak Aston Villa, Monchi.

Namun, apabila beliau menyertai Liverpool daripada Bournemouth pada penghujung musim ini, beliau akan memainkan peranan penting dalam salah satu keputusan terbesar dalam dunia bola sepak, melantik pengganti Jurgen Klopp.

Jadi apakah tentang Hughes yang telah menjadikan Michael Edwards – ketua eksekutif bola sepak baru bagi pemilik Liverpool Fenway Sports Group – membawa bekas pemain antarabangsa Scotland berusia 44 tahun itu ke Anfield?

Des Taylor, bekas ketua peninjau Bournemouth, bekerja dengan kedua-dua personaliti itu dan secara meluas dengan Hughes sepanjang dekad lalu.

Taylor percaya perkongsian itu cukup berkesan untuk bertahan lama, menyifatkannya sebagai “keputusan yang bijak dan berhemat”.

Edwards pula kembali ke Anfield selepas meninggalkan kelab itu pada 2022 selepas berkhidmat selama 10 tahun, termasuk enam tahun sebagai pengarah sukannya.

Hughes pula dijangka membawa dua anggota pasukannya daripada Bournemouth bersamanya – penyelaras peninjau, Craig McKee, dan ketua peninjau, Mark Burchill.

“Michael dan Richard telah menghabiskan banyak masa bersama sejak 10 tahun lalu. Mereka mengenali satu sama lain secara amat rapat, mereka memahami antara satu sama lain dan yang paling penting mereka mempercayai satu sama lain.

“Liverpool sebagai sebuah kelab dan entiti telah melakukan dengan sangat baik untuk mendapatkan perkongsian itu. Mereka begitu serasi, kedua-duanya adalah pengendali peringkat elit dalam semua aspek pengambilan dan kepimpinan.

“Hampir tiada keraguan bahawa sinergi mereka akan berfungsi dengan baik untuk Liverpool,” kata Taylor.

Sebagai ketua peninjau kelab Bournemouth antara 2009 dan 2016, Taylor mengemudi dan membimbing Hughes selepas bersara daripada bermain pada 2013 dalam dunia pengambilan pemain.

Bournemouth memerlukan hubungan antara pengurus ketika itu Eddie Howe; pemilik ketika itu, Maxim Demin; dengan lembaga pengarah kelab.

Pasukan pengambilan Taylor yang semakin berkembang juga memerlukan kepimpinan teknikal kerana kelab itu meningkat dengan pantas dari Liga Pertama ke Liga Perdana dalam tempoh tiga tahun.

Hughes adalah “pilihan yang jelas” untuk peranan pengarah teknikal kerana “kepintarannya, pengetahuannya dan darjah kecerdasan otak (IQ) bola sepaknya yang tinggi”, kata Taylor, sambil menambah:

“Richard muncul pada musim panas 2013. Kehadirannya, keupayaannya untuk menyesuaikan diri, kemampuannya memanfaatkan maklumat dan membentangkannya ke peringkat lembaga pengarah dan kepada pemilik adalah penting untuk menentukan kejayaan kami di dalam dan di luar padang.”

Hughes bermula sebagai pemain muda untuk Atalanta di Italy sebelum kembali ke Britain pada usia 18 tahun.

Beliau juga bekerja sebagai pengulas bersama untuk BT Sport selepas bersara daripada bermain, kerap bertugas dalam perlawanan besar pada malam Ahad.

Bapanya, Kevin, ialah ejen dan peninjau yang berpangkalan di Milan dan mewakili anaknya sepanjang kerjaya bermainnya.

Taylor berkata itu “sangat penting dalam perkembangan Richard kerana beliau mempunyai mentor yang memahami cara mengenal pasti pemain dan bijak untuk merundingkan kontrak”.

“Richard fasih berbahasa Italy dan Perancis dan beliau mempunyai IQ akademik dan IQ bola sepak yang sangat tinggi dari segi kepimpinan, perundingan dan pemerhatian teknikal,” jelas Taylor.

Beliau percaya peralihan daripada Klopp dan kakitangan bilik belakangnya, termasuk pengarah sukan jangka pendek, Jorg Schmadtke, akan “lebih mudah daripada jangkaan orang ramai” memandangkan penghormatan yang dimiliki Hughes dalam permainan, rangkaian kenalannya dan autonomi yang telah diberikan kepadanya di Bournemouth.

Taylor, yang juga kini merupakan ketua operasi bola sepak untuk dana pelaburan modal Amerika Syarikat, percaya Hughes sudah mempunyai ‘calon pilihan’ untuk menggantikan Klopp.

Pengurus Bayer Leverkusen dan bekas pemain tengah Liverpool, Xabi Alonso, adalah antara pilihan untuk tugas itu, dan ejen Sepanyolnya, Inaki Ibanez, adalah kenalan rapat Hughes, memandangkan beliau juga mewakili ketua Bournemouth, Andoni Iraola.

Taylor menambah: “Tidak ada keraguan dalam fikiran saya bahawa Richard akan berjaya di Liverpool. Dengan Michael di sisinya.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >