Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Pengebumian negara untuk Maradona

Nov 27, 2020 | 05:30 AM



BUENOS AIRES: Argentina akan berkabung selama tiga hari untuk memperingati legenda bola sepak Diego Maradona yang meninggal dunia dini hari semalam.



Maradona, 60 tahun, yang dianggap sebagai antara pemain terhebat dalam sejarah, mengalami serangan jantung menurut peguamnya.



Sejurus selepas berita kematiannya diketahui, pemerintah Argentina mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari.



Menulis di Twitter, Presiden Alberto Fernandez berkata:



"Anda membawa kita ke puncak dunia dan menjadikan kita amat gembira. Anda yang terbaik dalam sejarah. Terima kasih kerana bersama kita Diego. Kami merindui anda sepanjang usia kami."



Berita kematian Maradona itu disambut dengan penuh kesedihan di Argentina, dengan ribuan orang membanjiri jalan raya di kejiranan San Andres - tempat kediamannya - dan di La Plata, di mana beliau bertugas sebagai pengarah teknikal Gimnasia y Esgrima - untuk berkabung dan memperingati wira bola sepak mereka.



Peminat bola sepak Napoli di Italy, yang dipimpin menjuarai Serie A dua kali oleh Maradona turut berhimpun untuk berkabung.



Media sosial pula ditaburi dengan ucapan takziah dari ribuan penyokong dari berbilang negara serta pemain bola sepak dulu dan sekarang, termasuk kapten Argentina Lionel Messi dan legenda bola sepak Brazil Pele.



Awal bulan ini, Maradona baru sahaja menjalani pembedahan untuk mengeluarkan gumpalan darah di otaknya pada dan sedang dirawat bagi ketagihan arak di sebuah klinik privet.



Maradona muncul sebagai bintang bola sepak muda bersama kelab Buenos Aires Boca Juniros sebelum berpindah ke Sepanyol untuk menyarung jersi Barcelona sebelum ke Italy di mana beliau menyertai Napoli.



Penyokong kelab Serie A itu masih menganggapnya sebagai wira kerana beliau membantu kelab itu memenangi kejuaraan liga pertama pada 1987.



Maradona memimpin Argentina sebagai kapten semasa ia memenangi Piala Dunia 1986 dan memahat namanya dalam sejarah dengan persembahan individu yang cemerlang, termasuk menjaringkan gol dengan tangan semasa menentang England.



Hujah Maradona semasa mengulas mengenai gol itu menimbulkan gelaran gol "Hand of God' yang melekat sehingga masa ini.



Beliau menjaringkan 34 gol dalam 91 perlawanan bagi Argentina dan mewakili negaranya di empat Piala Dunia.



Dalam kenyataannya, Persatuan Bola Sepak Argentina berkata ia amat berdukacita dengan pemergian seorang legenda.



"Anda akan sentiasa berada di jiwa kami."



Pada separuh kedua kerjayanya, Maradona bergelut untuk mengatasi ketagihan dadah dan digantung selama 15 bulan selepas diuji positif pada 1991. Beliau bersara pada 1997, pada usia 37 tahun.



Maradona melanjutkan kerjaya dalam bola sepak sebagai jurulatih di peringkat kelab dan nasional, di mana beliau memimpin Argentina ke Piala Dunia 2010 di mana ia tewas kepada Jerman di suku akhir.



Beliau juga pernah menguruskan pasukan di Amiriah Arab Bersatu dan Mexico. -Agensi berita.




"Ini adalah hari yang amat menyedihkan bagi semua warga Argentina dan bola sepak. Beliau telah meninggalkan kita tapi beliau juga masih ada di sini kerana Diego kekal dalam jiwa kami. Saya menyimpan semua saat indah bersamanya dan saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakannya."
- Pemain Barcelona dan Argentina Lionel Messi



"Berita ini terlalu sedih. Saya kehilangan seorang rakan dan dunia kehilangan seorang legenda. Ada banyak perkara boleh dikatakan, tetapi buat masa ini, cukuplah kita berdoa bagi keluarganya."
- Bintang bola sepak Brazil Pele




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >