Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengembaraan Irfan, Ikhsan dalam Liga Juara-Juara Asia berakhir

Aug 24, 2022 | 5:30 AM
BERAKSI: Irfan Fandi (kiri) bersaing untuk berebut bola dengan pemain Urawa, Yusuke Matsuo sewaktu kejuaraan Liga Juara-Juara AFC. - Foto AFP
BERAKSI: Irfan Fandi (kiri) bersaing untuk berebut bola dengan pemain Urawa, Yusuke Matsuo sewaktu kejuaraan Liga Juara-Juara AFC. - Foto AFP -

PENGEMBARAAN Irfan Fandi dan Ikhsan Fandi dalam Liga Juara-Juara AFC bersama BG Pathum berakhir dengan kekecewaan selepas kelab Thailand itu tumpas 0-4 kepada Urawa Red Diamonds dari Jepun di suku akhir.

Namun Irfan dan Ikhsan tetap mencatat sejarah sebagai pemain-pemain bola sepak negara pertama beraksi di peringkat lanjut pertandingan kelab Asia terunggul itu selepas Pathum menewaskan Kitchee FC dari Hong Kong 4-0 minggu lalu untuk mara ke suku akhir.

Pathum telah beraksi dengan baik sepanjang pertandingan.

Ia bukan sahaja mendahului Kumpulan G selepas enam perlawanan, malah tidak tewas walau menentang kelab-kelab handal seperti Melbourne City dari Australia, Jeonnam Dragons dari Korea Selatan dan United City dari Filipina.

Ia juga menjaringkan 11 gol dan hanya melepaskan dua gol.

Namun bersaing selama 90 minit dengan Urawa, dan di Stadium Saitama yang sarat dengan penyokongnya adalah satu cabaran yang gagal diatasi Pathum.

Walaupun berjaya bersaing dengan pasukan lebih dikenali itu, dengan Ikhsan mempunyai satu peluang jaringan dalam 30 minit pertama, Pathum akhirnya kecundang.

Ia dibolosi gol pertama yang dijaringkan Urawa menerusi rembatan kencang David Karlsson pada minit ke-32, sebelum Takuya Iwanami meloloskan diri dari pantauan Irfan dalam petak penalti untuk menggandakan jaringan, tiga minit sebelum waktu rehat.

Dua lagi gol dalam tempoh 10 minit di awal babak kedua memberikan kemenangan yang menyakinkan bagi Urawa yang melangkah ke separuh akhir.

Urawa, yang memenangi edisi ke-2007 dan ke-2017 pertandingan itu kini akan bertemu Jeonbuk Hyundai Motors - juara 2006 dan 2016 - dalam separuh akhir dua perlawanan yang bermula esok.

Pathum pula kini mengalihkan tumpuan kepada cabaran liga domestik, di mana ia membuka tirai musim dalam perlawanan dengan Chonburi pada 31 Ogos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg