Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penghormatan mencurah susuli pemergian Pele

Dec 31, 2022 | 05:30 AM



SAO PAULO: Penghormatan mencurah-curah dari seluruh dunia sukan, politik dan budaya untuk Pele - tokoh yang melambangkan penguasaan Brazil dalam bola sepak.



Pele, legenda bola sepak Brazil yang bangkit dari kemiskinan untuk menjadi antara atlet terhebat dan terkenal dalam sejarah moden, meninggal dunia kelmarin pada usia 82 dunia.



Hospital Albert Einstein di Sao Paulo, di mana Pele menjalani rawatan, berkata beliau menghembuskan nafas terakhir pada 3.27 petang "disebabkan oleh pelbagai kegagalan organ akibat daripada barah kolon yang dikaitkan dengan keadaan perubatannya sebelum ini".



Kematian satu-satunya individu yang memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali sebagai pemain disahkan melalui akaunnya di Instagram.



"Inspirasi dan kasih sayang menandakan perjalanan 'Raja' Pele, yang meninggal dunia dengan tenang hari ini" sambil menambah beliau telah "mempesona dunia dengan kepintarannya dalam sukan, menghentikan perang, menjalankan kerja sosial ke serata dunia dan menyebarkan apa yang dia percayai sebagai ubat untuk semua masalah kita: cinta," tertera kata-kata akaunnya itu.



Pele telah menjalani kemoterapi sejak mengeluarkan tumor dari kolonnya pada September 2021.



Mendiang juga mengalami kesukaran berjalan jika tanpa bantuan sejak pembedahan pinggul yang tidak berjaya pada 2012.



Pada Februari 2020, sebelum pandemik Covid-19, anaknya Edinho berkata keadaan fizikal bapanya itu yang uzur menyebabkan mendiang tertekan.



Pemerintah Presiden Jair Bolsonaro, yang meninggalkan jawatan esok, mengisytiharkan tiga hari cuti berkabung, dan berkata dalam satu kenyataan bahawa Pele ialah "seorang warga yang hebat dan patriotik... yang menaikkan nama Brazil ke mana sahaja dia pergi".



Pengganti Encik Bolsonaro, Presiden Luiz Inacio Lula da Silva, menulis di Twitter "tidak banyak warga Brazil yang telah membawa nama negara kita sejauh yang dia lakukan".



Dinobat sebagai Atlet Abad Ini oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 1999, Pele adalah satu-satunya pemain bola sepak dalam sejarah yang memenangi tiga Piala Dunia pada 1958, 1962 dan 1970.



Beliau, yang juga digelar O Rei (Raja), menjaringkan lebih 1,000 gol dalam kerjayanya selama 21 tahun yang gemilang sebelum akhirnya bersara pada 1977.



Pele, atau nama sebenarnya, Edson Arantes do Nascimento, dilahirkan pada 23 Oktober 1940, di bandar tenggara Tres Coracoes dan membesar dengan menjual kacang tanah di jalanan untuk membantu keluarganya yang hidup miskin. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >