Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pengurus baru Tuchel positif walau Chelsea hanya seri dengan Wolves

Jan 29, 2021 | 05:30 AM



LONDON: ERA Thomas Tuchel di Chelsea bermula dengan keputusan seri tanpa gol, namun pengurus asal Jerman itu percaya beliau telah melihat sesuatu yang memberinya perasaan positif bagi masa depan kelab London itu.



Pasukan Tuchel gagal mengatasi Wolves di Stamford Bridge dalam perlawanan pertama bekas pengurus Paris St-Germain dan Borussia Dortmund itu sejak menggantikan Frank Lampard, yang dipecat kelmarin.



Penjaga gawang Wolves, Rui Patricio, bertindak cemerlang untuk mengecewakan Tuchel dengan menyelamatkan dua percubaan oleh Antonio Rudiger' dan Callum Hudson-Odoi.



Ini bermakna Chelsea memenangi hanya satu daripada enam perlawanan terakhir liganya dan lima mata tercicir daripada kedudukan empat teratas bagi ke Liga Juara-Juara Eropah.



Bagaimanapun, Tuchel enggan membincangkan perkara negatif, sebaliknya memberi tumpuan pada perkara positif daripada perlawanan itu.



"Saya amat gembira dari segi persembahan, malangnya kami gagal menjaringkan gol. Jika kami terus membuat persembahan seperti ini, keputusan yang kami inginkan pasti menyusul. Ia memberi saya perasaan positif bagi masa depan," ujar beliau.



Dalam perlawanan itu, Tuchel memilih menurunkan pemain lebih berpengalaman dengan menggugurkan Tammy Abraham dan menggantikannya dengan Olivier Giroud, manakala Jorginho pula dinamakan dalam kesebelasan utama menggantikan pemain muda Mason Mount.



Bekas pemain Chelsea Frank Lebouef berkata masih terlalu awal untuk mengulas mengenai pasukan Tuchel secara bermakna.



"Sebagai penyokong Chelsea, saya harap kali ini mereka akan memberi Tuchel masa sekiranya beliau tidak dapat membawa kejayaan serta-merta bagi Chelsea. Masa adalah satu komoditi di kelab-kelab profesional, lebih-lebih lagi kelab seperti Chelsea.



"Namun, kita mempunyai asas baik, seorang pengurus bagus, dan walaupun saya sedih mengenai pemecatan Lampard, saya harap Tuchel akan diberi masa dan peluang untuk membawa kejayaan kepada Chelsea," ujarnya. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >