Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK WANITA

Pengurus Chelsea: Kurang jurulatih wanita satu isu besar

Feb 08, 2024 | 11:02 AM



LONDON: Pengurus kelab bola sepak Chelsea bagi pasukan wanita yang bakal digantikan, Emma Hayes, menganggap kurangnya jurulatih wanita dalam bola sepak England merupakan satu isu besar dan menggesa badan sukan itu agar memikirkan cara lebih kreatif untuk menanganinya.


Beliau berkata ini termasuk piawai minimum bagi kelab-kelab yang membawa masuk jurulatih wanita, di samping lebih banyak bansokongan bagi membantu wanita membiayai kos mendapatkan kelayakan.

“Kita memerlukan banyak kerja bagi merapatkan jurang itu,” kata Hayes.

Hayes, 47 tahun, memimpin skuad juara itu menjulang Liga Super Wanita (WSL) pada musim lalu, dan bakal menjadi jurulatih pasukan wanita Amerika Syarikat pada musim panas yang akan datang.

Hanya sepertiga kelab WSL yang mempunyai pengurus wanita, dan Hayes merupakan salah seorang daripada 21 wanita di serata England yang berkelayakan Lesen Pro Uefa.

“Kami telah mengenal pasti peluang yang ada amat sedikit. Kita perlu fikirkan cara berlainan untuk mendidik wanita sejak usia muda,” katanya kepada pihak media.

Dalam satu temu ramah panjang lebar, Hayes antara lain berkata, agak luar biasa jika Chelsea mampu menjulang kejuaraan kelima mereka berturut-turut – atau Liga Juara-Juara buat kali pertama – dalam musim ke-12-nya selaku pengurus pasukan itu.

Beliau terhutang budi kepada Chelsea dan para pemainnya dan sanggup memberikan segalanya buat mereka sebelum mengambil alih pengurusan pasukan wanita Amerika Syarikat.

Di samping itu, Hayes mengakui berasa kagum memulakan tugasan barunya itu di Olimpik Paris pada musim panas akan datang, kerana ia bak mimpi jadi nyata.

Meskipun semakin ramai kanak-kanak perempuan dan wanita kini bermain bola sepak di England sejak beberapa tahun lalu, bilangan jurulatih wanita masih berkurangan, dan pasukan karyawan lelaki masih belum melantik sebarang pengurus wanita sejauh ini.

Selain Melissa Phillips yang baru dipecat Brighton baru-baru ini, kini hanya tinggal Carla Ward (Aston Villa), Rehanne Skinner (West Ham), dan Lauren Smith (Bristol City) yang menjadi jurulatih dalam WSL, di samping Hayes.

Selain itu terdapat enam pengurus wanita dalam Liga Championship Wanita.

“Kita perlu melihat kepada kos untuk mendapatkan lesennya.

“Dianggarkan harganya adalah sekitar £10,000 ($17,000) untuk mendapatkan Lesen Pro.

“Gaji yang diberi dalam sukan ini melibatkan wanita jauh lebih rendah berbanding pasukan lelaki.

“Kita perlu fikirkan tentang usaha mendidik para pemain di peringkat awal, malah mungkin juga semasa tempoh perlawanan antarabangsa di mana terdapat lebih masa.

“Lebih penting lagi memberikan sokongan agar wanita dapat menjalani pendidikan kejurulatihan.

“Kita perlu peruntukkan lebih banyak wang untuk jurulatih, bukan sekadar dalam sukan ini yang melibatkan wanita, malah jurulatih wanita juga,” tambah Hayes. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >