Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Pengurus Wolves kecewa persembahan pengadil

Dec 23, 2020 | 05:30 AM



ENGLAND: Pengurus Wolves Nuno Espírito Santo berkata pengadil Lee Mason "tidak cukup bagus" selepas pasukannya ditewaskan Burnley 2-1 di Stadium Turf Moor semalam.



Ashley Barnes dan Chris Wood menemui sasaran untuk Burnley sebelum Fabio Silva menjaringkan gol buat Wolves menerusi tendangan penalti pada minit ke-89.



Ini merupakan kali kedua Mason menjadi pengadil perlawanan Wolves musim ini dan Nuno berkata beliau adalah "titik gangguan" dan "memburukkan lagi kelancaran perlawanan".



"Ia adalah tugasnya. Dia harus perbaiki diri, dia harus menjadi lebih baik," kata Nuno kepada BBC Sport.



"Bola sepak adalah permainan fizikal, permainan yang melibatkan kontak dan pengadil membuat keputusan dan bersikap adil. Tapi, pengadil tidak cukup bagus untuk tiup wisel; Lee Mason tidak cukup bagus.



"Ia bukan tentang keputusan besar, genting. Ia cara dia menguruskan pemain - kededua pasukan hilang fokus mereka, mereka asyik bertengkar mengenai keputusan.



"Dia harus perbaiki sebab permainan perlukan pengadilan yang baik dan pengurusan permainan yang baik supaya pemain dapat terus memberikan persembahan baik."



Walaupun Nuno kecewa, bos Burnley Sean Dyche mencadangkan bahawa pemain midfield Wolves Joao Moutinho mungkin sepatutnya dibuang padang untuk apa yang dianggap kekasaran pada hujung perlawanan.



Pengurus Wolves tidak merujuk kepada sebarang kejadian tertentu dalam kritikannya terhadap Mason tetapi menambah bahawa pengadil itu - yang juga menggendalikan perlawanan seri 1-1 pasukannya bersama Newcastle United Oktober lalu - "tidak memiliki mutu untuk perlawanan Liga Perdana".



Dalam pada itu, Tammy Abraham meledakkan dua gol untuk bantu Chelsea menamatkan persembahan hambar kecil mereka baru-baru ini dengan menewaskan West Ham United di Stamford Bridge untuk naik ke tangga kelima Liga Perdana.



Kekalahan berturut-turut menyaksikan Blues jatuh tangga liga tetapi mereka memiliki permulaan ideal semalam apabila Thiago Silva menanduk masuk gol pada minit ke-10.



Timo Werner terlepas beberapa peluang jaringan untuk meletakkan pasukan tuan rumah jauh di depan tetapi memainkan peranan dalam gol kedua Chelsea apabila rembatan lemahnya disepak masuk Abraham 12 minit sebelum tamat perlawanan.



Penyerang Chelsea itu, yang kembali beraksi menggantikan Olivier Giroud, menambah satu lagi gol dua minit kemudian.



Kemenangan bermakna Chelsea mempunyai 25 mata - satu mata di belakang penghuni tempat keempat Everton - sementara West Ham kekal di tempat ke-10 dengan 21 mata.



"Prestasi kami merosot sedikit dan ia penting dalam perlawanan ini kami bangkit kembali," kata pengurus Chelsea Frank Lampard. "Ada banyak perkara untuk pasukan tunjukkan perwatakan mereka - kami mahu lebih." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >