Premium
Penilaian jual pemain 'tidak masuk akal'
Taksiran terlalu tinggi tambah tekanan untuk buktikan persembahan berbaloi dengan harga yang dibayar
Oct 14, 2019 | 5:30 AM
LUCAS HERNANDEZ: Berasa terpanggil membuktikan bayaran yang dikeluarkan Bayern Munich untuk mendapatkannya berbaloi. - Foto AFP -
LUCAS Hernandez, pemain paling mahal pernah dibeli dalam sejarah kelab gergasi Jerman, Bayern Munich, berkata bayaran "tidak masuk akal" yang dikeluarkan untuk membeli pemain dalam pasaran pemindahan meletakkan tekanan ke atas pemain terlibat.
Pemenang Piala Dunia 2018 bersama pasukan Perancis berusia 23 tahun itu menandatangani kontrak pemindahan ke Bayern bernilai 80 juta euro ($121.2 juta) daripada kelab Sepanyol, Atletico Madrid, pada Julai lalu.

