Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penjaga gawang PDRM aksi cemerlang untuk bantu pasukan kalahkan LionsXII

Jun 27, 2015 | 11:59 AM



SELALUNYA penjaga gawang LionsXII, Izwan Madbud, yang menyajikan persembahan 'pemain terbaik' perlawanan.


Namun, di Stadium Shah Alam, penjaga gawang pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Badrul Zaman, yang menunjukkan prestasi wira semasa membantu pasukannya menewaskan LionsXII 2-1 dalam satu perlawanan Liga Super Malaysia (MSL) yang berakhir sebentar tadi (26 Jun).


Dua gol separuh masa pertama jaringan pemain import PDRM, Dramane Traore - yang pertama melalui penati selepas bola terkena lengan penyerang LionsXII, Khairul Amri - meneruskan rekod hambar pasukan pimpinan Fandi Ahmad di padang pasukan lawan.


Hanya tiga hari lalu, LionsXII diikat 1-1 oleh pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, di Paroi, Negeri Sembilan.


Tunggak LionsXII, Safuwan Baharudin, menyumbatkan gol tunggal pasukannya sebelum terpaksa dikeluarkan bagi babak kedua permainan kerana mengalami konkusi.


LionsXII bangkit dengan permainan lebih bersemangat dalam babak kedua dengan Khairul Nizam, Nazrul Nazari dan Izzdin Shafiq melepaskan percubaan-percubaan baik tetapi kecemerlangan Badrul mengecewakan Fandi dan anak didiknya yang pulang dengan tangan kosong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >