Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA CARABAO

Penjaga gol hero Forest kalahkan Wolves, mara ke separuh akhir

Southampton singkir City 2-0
Jan 13, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Nottingham Forest menewaskan Wolverhampton Wanderers 4-3 menerusi sepakan penalti dalam aksi Piala Carabao Liga kelmarin, untuk mara ke separuh akhir piala domestik buat kali pertama dalam 20 tahun.



Penjaga gol Forest Dean Henderson menyelamatkan sepakan penalti penting Joe Hodge selepas perlawanan berakhir 1-1 dalam tempoh 90 minit untuk membawa pasukannya ke separuh akhir pertama sejak mereka layak ke final Piala Liga 1992.



Willy Boly meletak Forest di depan selepas 18 minit permainan menerusi jaringan jarak dekat selepas percubaan Serge Aurier terkena tiang.



Henderson tangkas menyelamatkan gawang, terutamanya daripada rembatan jarak dekat Raul Jimenez dan Hwang Hee-chan sebelum rehat.



Wolves akhirnya mendapatkan gol penyamaan pada babak kedua apabila Jimenez mudah menolak masuk bola hantaran pemain gantian Matheus Cunha.



Walaupun keputusan itu memberikan detik gembira buat pemain dan peminat Forest, Cooper berasa anak buahnya sepatutnya beraksi lebih baik sebelum perlawanan itu dibawa ke sepakan penalti.



"(Saya) kagum akan penyokong dan pemain," katanya kepada BBC Radio 5 Live.



"Matlamat perlawanan ialah melepasi pusingan ini. Saya tidak boleh berkata saya menyukai persembahan kami, saya tidak sepatutnya bersikap terlalu negatif dan tidak akan begitu.



"Tetapi kami perlu bermain lebih baik daripada yang kami lakukan pada sebahagian besar permainan. Peluang dipersembah untuk kami mengambil kesempatan ke atas Wolves."



Dalam pada itu, Pep Guardiola mengakui Manchester City tidak cukup bersedia apabila mereka dikalahkan 0-2 oleh Southampton pada suku akhir Piala Liga kelmarin.



Skuad Guardiola menerima padah bagi aksi hambar mereka dan gagal bangkit daripada gol babak pertama jaringan Sekou Mara dan Moussa Djenepo di St Mary's.



City menghuni tangga kedua Liga Perdana England (EPL), manakala Southampton di tangga tercorot.



Namun, jurang besar itu tidak menghalang pasukan tuan rumah melakukan kejutan ke atas skuad yang kali pertama tewas dalam 16 aksi suku akhir piala domestik.



"Pasukan lebih baik menang. Kami tidak bermain dengan bagus. Ada banyak perlawanan yang anda tidak mulakan dengan baik dan bangkit, tetapi kami tidak berbuat sedemikian.



"Apabila anda tidak bersedia bagi perlawanan ini, anda tiba lewat sedikit dan tidak menjaringkan gol. Apabila cukup bersedia, anda menjaringkan gol.



"Hari ini malam buruk, lawan lebih baik jadi kami perlu mengucapkan tahniah kepada mereka. Kami tidak layak menang," kata Guardiola.



Southampton mendahului pada minit ke-23 menerusi pemain bawah 21 tahun Perancis Mara, yang menjaringkan gol pertamanya untuk kelab.



Lima minit kemudian, pemain Mali Djenepo melencongkan bola dari jarak 27 meter mengatasi Stefan Ortega, yang berada terlalu jauh dari gawangnya.



Guardiola memasukkan Kevin De Bruyne dan Erling Haaland pada babak kedua tetapi beberapa peluang disia-siakan.



Bagi separuh akhir, Forest menentang Manchester United sementara Southampton bertemu Newcastle United pada 24 Januari. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >