Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyedia khidmat AI jadi penaja baru Geylang International

Feb 22, 2023 | 5:30 AM
PELANCARAN JERSI BARU: Pemain Geylang International pada majlis pelancaran kelab pada Isnin ketika mereka mendedahkan rancangan mereka untuk musim baru. - Foto ST
PELANCARAN JERSI BARU: Pemain Geylang International pada majlis pelancaran kelab pada Isnin ketika mereka mendedahkan rancangan mereka untuk musim baru. - Foto ST -

PENYEDIA perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) Rolos by Constructor menjadi penaja baru Kelab Bola Sepak Geylang International (GIFC) bagi musim baru Liga Perdana Singapura (SPL).

Tajaan tersebut, yang menurut laporan The Straits Times menelan belanja hampir $500,000, bakal menyaksikan GIFC memperoleh akses kepada platform yang dipacu data.

Demikian diumumkan GIFC dalam majlis pelancaran jersi baru mereka untuk musim baru LPS di restoran Sushi Mew, Cecil Street pada Isnin.

Tajaan tersebut adalah disebalik kerjasama dengan City Football Group (CFG), yang dimeterai awal bulan ini.

Pengerusi GIFC, Encik Thomas Gay, berkata:

"Perkongsian baharu itu menambah nilai kepada GIFC kerana ia akan memberikan kami akses kepada platform dipacu data dan peneraju industri... yang akan membantu kami meningkatkan operasi bola sepak dan perniagaan kami."

Platform Rolos, yang mana rakan kongsinya termasuk beberapa pasukan ternama seperti Inter Milan dan Ajax, menyediakan analitik video dan statistik terperinci bagi pemain dan pasukan serta penilaian pasukan lawan.

Dalam pada itu, jurulatih GIFC, Noor Ali, berkata beliau tidak sabar untuk menyahut cabaran musim ini kerana ia "mencabarnya sebagai seorang jurulatih".

"Saya rasa musim ini akan lebih mencabar kerana banyak pasukan telah memperkukuh skuad mereka.

"Misalnya kami tahu Albirex pasukan yang kuat tetapi dengan penyertaan semula Brunei DPMM, kami tidak pasti bagaimana mereka akan berprestasi" tambah beliau.

Bagi pemain pertahanan GIFC, Amirul Adli, beliau juga menjangkakan persaingan sengit pada edisi kali ini.

Pemain yang baru berpindah dari Lion City Sailors itu menjelaskan memandangkan posisi permainan bagi kebanyakan pasukan dibarisi pemain yang hebat, ia menjadi semakin mencabar..

"Dengan mutu pemain yang kami ada, saya percaya kami dapat cipta sesuatu.

"Apa yang penting adalah kami mengambil pendekatan langkah demi langkah," ujarnya.

Perlawanan pertama GIFC menentang Tampines Rovers di padang lawan pada Sabtu di Our Tampines Hub merupakan detik genting kerana mereka kehilangan beberapa tunggak utama dek kecederaan.

Ini termasuk pemain midfield, Huzaifah Aziz, dan pemain pertahanan, Fadli Kamis.

Menurut Noor Ali, enam perlawan pertama ini penting untuk mendapatkan rentak permainan dan langkah permulaan yang betul.

Kapten pasukan, Joshua Pereira, menjelaskan:

"Perlawanan pertama nanti sememangnya tidak mudah kerana kami bertandang tanpa pemain cedera.

"Namun, saya pasti para pemain akan memberikan yang terbaik."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg