Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyerang Manchester City Sergio Aguero cedera dalam nahas teksi

Sep 30, 2017 | 2:14 PM
Penyerang Manchester City, Sergio Aguero, berkata tulang rusuknya patah selepas teksinya melanggar tiang lampu di Amsterdam (atas).
Penyerang Manchester City, Sergio Aguero, berkata tulang rusuknya patah selepas teksinya melanggar tiang lampu di Amsterdam (atas). - Foto TWITTER/ R0ELAND

LONDON • Kekecewaan Manchester City apabila Benjamin Mendy tidak dapat bermain sepanjang musim ini kerana kecederaan lutut bertambah , selepas gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menerima berita bahawa Sergio Aguero terlibat dalam satu kemalangan kereta di Amsterdam, Belanda, pada Khamis. Jurucakap polis Amsterdam, Frans Zuiderhoek, berkata pegawainya menyiasat satu kemalangan di bandar itu pada kira-kira 11 ​​malam selepas "sebuah teksi melanggar tiang lampu". Beliau tidak dapat mengesahkan identiti dua penumpang dan pemandu teksi, yang minta tidak dikenal pasti. "Tiada kenderaan lain terlibat," katanya, sambil menambah bahawa tiga orang itu "telah dihantar ke hospital untuk pemerhatian ... tetapi tidak ada kecederaan buruk". Tetapi, semalam, bercakap kepada Radio Metro de Argentina, Aguero berkata: "Pemandu teksi tidak melihat lengkungan dan terbabas. Dan ketika dia meluru, kami melanggar tiang. "Tulang rusuk saya patah, sekarang saya sedang berehat. Ia sakit teruk, saya akan keluar hospital sebentar lagi." Satu kenyataan City berkata: "Sergio Aguero akan diperiksa oleh doktor kelab. Penyerang City itu berada di Belanda pada hari kelepasannya dan mengalami kecederaan." - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg