Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penyerang muda Elye Wahi cemerlang, bantu Lens tundukkan Arsenal 2-1

Oct 04, 2023 | 02:18 PM



LENS (Perancis): Penyerang RC Lens, Elye Wahi, menjaringkan satu gol dan ‘assist’ (membuka laluan) dalam satu lagi gol apabila pasukannya menewaskan Arsenal 2-1 untuk mendahului Kumpulan B Liga Juara-Juara.


RC Lens meraikan kembalinya mereka ke Liga Juara-Juara di stadium mereka dengan penuh gaya pada Selasa.

Pemain berusia 20 tahun itu, yang ditandatangani daripada kelab Montpellier, melakukan hantaran kepada Adrien Thommasson untuk gol penyamaan pada separuh masa pertama, selepas gol pembukaan Gabriel Jesus, sebelum menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-69.

Keputusan itu meletak pasukan Liga 1 Perancis itu satu mata di depan Arsenal, dengan empat mata dalam dua perlawanan.

Itu kekalahan peringkat kumpulan yang pertama Arsenal dalam 10 perlawanan.

Sevilla berada di tangga ketiga dengan dua mata, satu mata di depan PSV Eindhoven selepas dua pasukan itu seri 1-1 di Belanda.

“Menewaskan Arsenal dalam Liga Juara-Juara pasti akan kekal dalam ingatan kami,” kata jurulatih Lens, Franck Haise, pada satu sidang media.

“Elye adalah pemain muda, beliau baru tiba sebulan setengah lalu, beliau membuat peningkatan besar,” tambah beliau.

Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, yang terpaksa berdepan dengan masalah kecederaan membabitkan Bukayo Saka pada awal perlawanan, berkata:

“Perbezaan antara hari ini dan PSV (ketika pasukannya menang 4-0) ialah di kotak penalti.

“Ada detik-detik pada separuh masa kedua kami mungkin patut lebih berkesan. Kami mengambil pelajaran besar hari ini.”

Bagi perlawanan Liga Juara-Juara pertama Lens di stadium sendiri dalam tempoh 21 tahun itu, tiket habis dijual buat kali ke-30 berturut-turut dan 38,000 penonton tidak kecewa kerana pasukan mereka kembali ke prestasi terbaik selepas permulaan musim yang tidak memuaskan.

Lens telah menjaringkan gol sekurang-kurangnya sekali dalam setiap 33 perlawanan terakhir mereka di stadium sendiri dalam semua pertandingan Eropah.

Pencapaian itu bermula semasa perlawanan menentang Arsenal pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada 1998-99, dan mereka mengekalkan rentak itu pada Selasa. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >