Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenyerang pinjaman United Ighalo mungkin pulang ke China
TANDA TANYA: Ighalo, penyokong United sejak kecil telah menjaring empat goal dalam lapan penampilan untuk kelan itu, mahu kekal di Old Trafford jika boleh. - Foto REUTERS -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
May 27, 2020 | 5:30 AM
MANCHESTER: Penyerang Odion Ighalo dijangka akan pulang ke China apabila tempoh perjanjian pinjamannya tamat pada 31 Mei, dengan Manchester United mengalami kesukaran untuk melanjutkan tempoh pinjaman bersama Shanghai Shenhua.
United menandatangani pemain Nigeria itu, 30 tahun, dalam satu perjanjian pinjaman jangka pendek pada Januari lalu sebagai menggantikan penyerang Marcus Rashford, yang mengalami kecederaan tulang belakang.
