Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyertaan Warriors belum pasti

Jan 20, 2020 | 5:30 AM
HARAPAN BERAKSI MUNGKIN PUDAR: Pemain Warriors FC meraikan gol dalam satu perlawanan liga pada 2018. - Foto FACEBOOK WARRIORS FC
HARAPAN BERAKSI MUNGKIN PUDAR: Pemain Warriors FC meraikan gol dalam satu perlawanan liga pada 2018. - Foto FACEBOOK WARRIORS FC -

WARRIORS FC menjadi kelab bola sepak tempatan terkini yang dibelenggu masalah kewangan.

Baru-baru ini, pasukan bola sepak paling berjaya dalam liga profesional setempat itu diarah oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) supaya tidak beraksi dalam Liga Perdana Singapura (SPL) musim ini.

Menurut kenyataannya kepada pihak media, FAS berkata Warriors berhutang lebih $800,000 kepada pemain serta kakitangannya, Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS).

Kedudukan Warriors untuk sama ada menyertai SPL musim ini atau tidak masih belum disahkan FAS.

Pada zaman kegemilangannya, Warriors, yang asalnya dikenali sebagai Kelab Bola Sepak Angkatan Bersenjata Singapura (SAFFC) dan bertindak di bawah Kementerian Pertahanan (Mindef), pernah menggondol sebanyak sembilan mahkota liga tempatan.

Ia juga satu-satunya kelab tempatan yang pernah bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg