Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

REVIU SEPARUH AKHIR: MAGHRIBI LWN PERANCIS

Penyokong bangga pencapaian Maghribi

Dec 16, 2022 | 05:30 AM



DOHA: Harapan Maghribi untuk menjadi negara Afrika pertama melayakkan diri ke final Piala Dunia berakhir dengan kekecewaan apabila pasukan nasional tewas 0-2 kepada Perancis.



Namun penyokongnya, yang berhimpun untuk menyaksikan perlawanan, dari Eropah, ke Amerika Syarikat dan Australia, berkata mereka tetap bangga dengan pencapaian pemain-pemain Maghribi di Doha, Qatar.



Seorang penyokong yang hanya ingin dinamakan sebagai Mohamad memberitahu BBC di Casablanca beliau bangga kerana menjadi warga Maghribi.



"Kami tewas, tapi cara kami berjuang amat membanggakan," ujar beliau.



Di Perancis, kehadiran polis di tempat-tempat perhimpunan utama di Paris adalah ketara, kerana Perancis juga adalah tempat tinggal ratusan ribu orang yang berasal dari Maghribi.



Di Champs Elysees, bendera-bendera Maghribi dan negara-negara Afrika lain dikibarkan oleh penyokong yang berhimpun semalaman untuk berpesta dan menyaksikan perlawanan bersama-sama.



Polis rusuhan juga dilihat di kota-kota Eropah lain, termasuk di Brussels, Belgium di mana penyokong Maghribi telah meraikan kemenangan dalam perlawanan-perlawanan Piala Dunia yang lalu dengan membakar suar dan bunga api.



Di Hague, Belanda, suar dan bunga api juga dinyalakan di jalan raya, tetapi suasana pesta di sana kurang meriah, disebabkan kegagalan Belanda untuk mara lebih lanjut dalam Piala Dunia.



Beberapa kumpulan yang berhimpun di sana, kebanyakan warga Belanda yang berasal dari Maghribi berkata mereka juga berusaha bersama untuk memelihara ketenteraman.



Ramai penyokong yang ditemui juga berkata kekalahan itu hanya kepahitan sementara.



Mereka berasa Piala Dunia di Doha, Qatar ini adalah permulaan masa depan lebih cerah bagi pemain bola sepak dari Maghribi.



Namun, di sebuah kafe di Casablanca, penyokong boleh dilihat menjadi kian kecewa apabila pasukan kesayangan mereka gagal menjaringkan gol sepanjang perlawanan.



Seorang penyokong yang mendewasa di Perancis tetapi dilahirkan di Maghribi berkata beliau inginkan negaranya menang kerana ini adalah 'masanya bagi Afrika menjulang Piala Dunia'.



Penyokong Maghribi juga berhimpun di dalam khemah yang didirikan di pusat budaya Casa Arabe di Madrid.



Makanan kudapan Maghribi juga diberikan kepada mereka yang hadir.



"Kami tewas dalam pertandingan ini, tapi saya amat bangga," kata Inas, seorang guru bahasa Inggeris dari Rif, yang menyarung jersi Maghribi.



"Pasukan bola sepak Maghribi bukan saya mewakili kami di padang bola sepak, malah memberi kami kemenangan simbolik yang lebih bermakna, daripada perhatian antarabangsa dan penghormatan yang kini diberikan kepada negara kami."



Munir, seorang pekerja pam minyak yang berasal dari Casablanca tidak berhenti bersorakan, walaupun selepas Perancis menjaringkan gol kedua.



"Ini adalah peluang sekali dalam hayat," kata beliau, merujuk kepada pencapaian pasukan bola sepak Maghribi mara ke separuh akhir.



"Saya tidak jangka anak-anak kita dapat melihat pencapaian seperti ini."



Di Cricklewood, sebuah kawasan di barat daya London, penyokong Maghribi memberikan sorakan kuat sebagai sahaja perlawanan berakhir.



Mereka terdiri daripada orang yang berasal dari Tunisia, Algeria dan Mesir.



"Kita semua satu negara," kata salah seorang daripada mereka.



"Piala Dunia Doha ini telah menyatukan orang Arab di London." - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >