Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyokong Jepun bersihkan stadium selepas tamat perlawanan

Nov 23, 2022 | 5:30 AM
KUTIP SAMPAH: Penyokong Jepun membersihkan stadium selepas perlawanan antara Qatar dengan Ecuador Ahad lalu. - Foto INSTAGRAM OMAR FAROOQ
KUTIP SAMPAH: Penyokong Jepun membersihkan stadium selepas perlawanan antara Qatar dengan Ecuador Ahad lalu. - Foto INSTAGRAM OMAR FAROOQ -

EMPAT tahun lalu di Russia, peminat Jepun mengesat air mata mereka lalu membersihkan stadium walaupun patah hati kerana kalah kepada Belgium dalam masa tambahan.

Peminat Blue Samurai itu kembali beraksi di Stadium Al-bayt di Doha, sambil mengutip sampah yang ditinggalkan penyokong lain berikutan aksi perlawanan pembuka tirai Piala Dunia Ahad lalu, antara Qatar dan Ecuador.

Rakyat Jepun yang berbuat demikian menarik perhatian seorang pempengaruh Instagram Bahrain, Encik Omar Al-farooq, yang mempunyai 2.6 juta pengikut di platform itu.

Mereka melaungkan lebih masa selepas wisel penamat dibunyikan untuk membersihkan stadium dengan mengutip sampah sarap seperti pembungkus makanan dan botol.

Ketika ditanya oleh Encik Al-farooq, salah seorang peminat Blue Samurai berkata:

"Kami orang Jepun dan kami tidak meninggalkan sampah sarap kerana kami menghormati tempat ini."

Peminat Jepun itu juga mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengetepikan bendera-bendera yang bersepah di lantai oleh peminat Qatar dan Ecuador, dengan mendakwa bendera negara perlu dihomati.

Sikap kesedaran sivik dalam kalangan rakyat Jepun juga ditunjukkan pada perlawanan lalu di Piala Dunia.

Selain menyeret beg sampah yang besar di sekitar arena Rostov empat tahun lalu, para pemain Jepun juga memastikan kawasan itu bersih sebelum meninggalkan stadium itu.

Walaupun kecewa kerana tewas di tangan Belgium empat tahun lalu, pasukan Jepun telah mengemas bilik persalinan mereka dan juga meninggalkan nota yang ditulis 'terima kasih', dalam bahasa Russia.

Jepun bakal beraksi di Piala Dunia, menentang Jerman hari ini. - ST

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg