Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Penyokong Man U protes di luar Old Trafford

May 15, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Ratusan penyokong Manchester United sekali lagi melakukan tunjuk perasaan terhadap pemilikan kelab itu di Old Trafford beberapa jam menjelang perlawanan menentang Liverpool di padang sendiri awal pagi semalam.



Perlawanan pada 2 Mei lalu telah ditangguhkan disebabkan bantahan dan situasi serupa juga dijangka berlaku sekali lagi sebelum perlawanan semalam.



Liverpool tiba menaiki bas yang tidak bertanda setelah bas rasmi kelab itu dihalang oleh penunjuk perasaan di tepi jalan, berdekatan dengan stadium.



Bas rasmi Liverpool sedang dalam perjalanan untuk mengambil skuad kendalian Jurgen Klopp ketika ia dikelilingi penunjuk perasaan tetapi kelab itu meneruskan perjalanan mereka dengan menggunakan dua bas berlainan untuk membawa pemain ke Old Trafford.



Menurut pihak polis tempatan, dua lelaki telah diberkas.



Memberi reaksinya terhadap bantahan sebelum perlawanan semalam, bekas pemain kelab Manchester United dan pengamat bola sepak Sky Sports, Gary Neville berkata:



"Jika kita lihat perkara yang kita saksikan ini, ia bagaikan Manchester United kini berubah menjadi seperti penjara.



"Ini boleh menghancurkan imej kelab dan jenamanya di seluruh dunia."



United akan membuka pintunya kembali untuk sekitar 10,000 penyokong di dalam stadium ketika perlawanan menentang Fulham pada Rabu depan.



Selepas tewas 4-2 di tangan Liverpool semalam, pengurus Ole Gunnar Solskjaer berkata:



"Sudah tentu ia (bermain tanpa peminat) sedikit mengganggu kami dan ia bukanlah perkara yang ideal tetapi kami harus menghadapinya.



"Mudah-mudahan apabila kita membenarkan peminat masuk ke stadium nanti, suasana akan bertambah baik.



"Kami telah menunggu lama untuk membenarkan mereka masuk, jadi kami tidak sabar untuk menikmati perlawanan bersama mereka."



Perlawanan di padang sendiri menentang Liverpool menjadi perlawanan pertama dalam sejarah Liga Perdana England (EPL) yang ditangguhkan akibat bantahan peminat.



Para peminat memasuki stadium secara paksa yang turut menyaksikan seorang polis cedera kerana diserang peminat, dan seorang lelaki juga diberkas.



Bantahan tersebut berlaku menyusuli keputusan United, bersama lima kelab EPL lain, untuk bergabung dengan Liga Super Eropah (ESL), sebelum akhirnya semua menarik diri.



Sejak kejadian itu, pengerusi bersama United Joel Glazer telah menulis surat kepada penyokong kelab dan dijangka bertemu dengan peminat setelah musim berakhir.



Pengarah komunikasi Manchester United, Charlie Brooks, berkata kepada Sky Sports: "Pemilik (United) benar-benar mengambil berat terhadap kelab ini Mereka komited dalam jangka panjang.



"Kami berada dalam situasi di mana semua peminat, kakitangan dan pemilik ingin melihat kejayaan yang berterusan - dan itulah yang perlu kami usahakan." - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >