Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG PIALA AFF SUZUKI

Penyokong tegar kekal di belakang Singa

Nov 03, 2018 | 05:30 AM



LAUTAN mana yang tidak mengalami pasang dan surut.



Begitu juga keputusan yang dicatatkan pasukan bola sepak kebangsaan - ada kalanya menang, ada kalanya kalah.



Namun dalam apa jua situasi mereka, sokongan padu tetap harus diberikan.



Demikian falsafah yang dipegang kelab penyokong Die Hard Fans (DHF) Singapura.



Menurut ketua kelab tersebut, Encik Akbar Hashim, seberapa boleh dan tidak kira lokasi perlawanan, DHF tetap turun padang bagi memberi sokongan mereka.



Ini setelah beliau percaya setiap pemain di dalam skuad kebangsaan telah pun memberikan yang terbaik dan bekerja keras bagi mempersiapkan diri mereka.



Penyokong tegar skuad Singa berusia 56 tahun itu berkata, "Memandangkan prestasi pasukan bola sepak yang agak tidak menentu, ramai penyokong secara amnya cepat menuding jari kepada pihak pengurusan dan jurulatih pasukan.



"Pasukan mana yang tidak mahu menang dan saya percaya mereka memberikan segalanya di atas padang jadi sebagai penyokong, adalah lebih baik untuk memberikan sokongan kepada mereka daripada menyalahkan sesiapa dan menuding jari."



Akur dengan kenyataan sedemikian, salah seorang anggota DHF selama lebih 40 tahun, Encik Lim Poh Kwee, berkata penyokong harus memberi sokongan terbaik kepada pasukan tanpa mengharapkan apa-apa kembali.



Ini menurut pengamatannya, ramai penyokong kini hanya ingin melihat keputusan dan prestasi sebelum menyokong sesebuah pasukan.



"Pada pendapat saya, kini terdapat pelbagai kategori penyokong - ada yang menyokong kerana membuat taruhan, ada yang sokong hanya kerana prestasi pasukan baik dan ada pula sokong kerana tiket masuk percuma - hampir semua mengharapkan sesuatu kembali.



"Namun penyokong tegar akan mengikut sesebuah pasukan di mana sahaja perlawanan mereka diadakan tanpa mengharapkan apa-apa jadi semangat sedemikian mungkin pudar di kalangan penyokong di sini," tambah Encik Lim.



Justeru, beliau berharap agar lebih ramai penyokong setempat tampil bagi menyokong pasukan kebangsaan di kejohanan Piala AFF Suzuki secara hati terbuka, lebih-lebih lagi bagi perlawanan di padang sendiri.



"Kalah atau menang yang penting kita sama-sama sokong skuad Singa," ujar beliau.



Gesaan tersebut turut disokong Encik Sodian Sidek, anggota DHF yang telah pun menempah tiket dan perjalanan bagi menyokong skuad Singa bagi perlawanan di padang lawan menentang Thailand di ibu kota Bangkok pada 25 November.



Beliau berkata, "Seberapa banyak yang boleh, saya akan ikut ke luar negara bagi menyokong skuad Singa di perlawanan 'away' mereka.



"Memandangkan cuti persekolahan juga jatuh pada tempoh tersebut bagi piala AFF kali ini, saya rasa adalah baik untuk membawa keluarga bercuti dan menyokong pasukan kebangsaan pada masa yang sama - kalau bukan kita, siapa lagi yang akan sokong."



Dalam pada itu, sebuah jersi khas telah direka DHF Singapura yang akan mereka gunakan bagi perlawanan menjelang kejohanan Piala AFF Suzuki kelak.



Ia menggabungkan kededua warna rasmi biru langit dan merah yang digunakan pasukan kebangsaan bagi piala AFF kali ini pada satu jersi.



Bagi mereka yang berminat mendapatkan jersi khas tersebut, hubungi Encik Akbar di talian 9664 4942.



  • Muhaimin Suzaini ialah penulis sambilan.


PELUANG MENANG TIKET PERLAWANAN SINGAPURA LAWAN INDONESIA



REBUT peluang memenangi tiket menonton perlawanan Piala AFF Suzuki antara Singapura lawan Indonesia di Stadium Negara.



Berita Harian akan memberi empat tiket bagi setiap lima pemenang bertuah untuk menyaksikan perlawanan ini pada Jumaat 9 November ini.



Untuk memenanginya, anda hanya perlu berikan jawapan tepat bagi soalan berikut:



*** SIAPAKAH YANG MENJARINGKAN GOL KEMENANGAN PASUKAN SINGAPURA DALAM PERLAWANAN AKHIR PIALA TIGER PADA 1998? ***



'Like' Facebook Berita Harian Singapura dan hantarkan jawapan anda menerusi FB BeritaHarianSG atau anda boleh kirimkan jawapan menerusi e-e-mel kepada bhpromo@sph.com.sg dengan #ONESTRONG.



Pemenang akan dihubungi pada Rabu 7 November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >