Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyokong United kepada Glazer: Mari bincang kalau tak mahu bantahan berulang

May 5, 2021 | 5:30 AM
SAYANG UNITED, BENCI GLAZER: Seorang peminat Manchester United memprotes terhadap pemilik kelab itu, Joel Glazer, dengan memakai pelitup tertera ejekan 'Sayang United, Benci Glazer', dalam satu bantahan sebelum perlawanan antara kelab itu dan Liverpool Ahad lalu. Perlawanan tersebut kemudiannya terpaksa dibatalkan. - Foto Reuters, fail
SAYANG UNITED, BENCI GLAZER: Seorang peminat Manchester United memprotes terhadap pemilik kelab itu, Joel Glazer, dengan memakai pelitup tertera ejekan 'Sayang United, Benci Glazer', dalam satu bantahan sebelum perlawanan antara kelab itu dan Liverpool Ahad lalu. Perlawanan tersebut kemudiannya terpaksa dibatalkan. - Foto Reuters, fail -

MANCHESTER: Kumpulan penyokong berpengaruh Manchester United Supporters' Trust (Must) menggesa pengerusi bersama kelab itu, Joel Glazer, mengadakan perbincangan dengan penyokong bagi mengelakkan berulangnya bantahan di Old Trafford seperti Ahad lalu.

Perlawanan Liga Perdana England (EPL) antara United dengan Liverpool terpaksa dibatalkan hari itu selepas 200 penyokong United mencerobohi stadium.

Persatuan Bola Sepak (FA) England sedang menyiasat insiden itu dan berkata ia memahami kekecewaan penyokong.

Penyokong United itu menyuarakan tentangan terhadap keluarga Glazer, yang menurut Must menyebabkan kelab itu menanggung hutang dan mengalami kemerosotan di padang.

Polis Greater Manchester sedang menyiasat bantahan itu dan seorang lelaki berusia 28 tahun telah ditangkap.

Awal dari itu, Must berkata kekecewaan penyokong telah mencapai tahap tertinggi Ahad lalu, mendorong mereka mengadakan bantahan.

"Tiada seorang pun daripada keluarga Glazer yang telah mengadakan perbincangan terbuka dengan kami," kata Must dalam satu surat terbuka.

Penyokong United berang selepas United memutuskan menyertai lagi lima kelab EPL untuk menyertai Liga Super Eropah (ESL) yang baru bulan lalu.

Namun, semua kelab itu menarik diri daripada ESL selepas menghadapi tentangan hebat daripada peminat.

Menyusuli itu, Joel Glazer memohon maaf kepada penyokong kerana melibatkan kelab itu dengan ESL, tetapi Must berkata ia tidak lagi mempercayai hujah Glazer.

Insiden Ahad lalu adalah kali pertama perlawanan EPL ditangguh kerana bantahan penyokong.

Polis berkata enam pegawainya cedera semasa bantahan tersebut.

Dalam kenyataannya, FA berkata ia tidak boleh menerima sebarang perbuatan ganas dan yang melanggar undang-undang seperti bantahan itu.

FA akan mengadakan perbincangan dengan United, EPL dan penguasa keselamatan dalam siasatannya.

Must berkata ia menyokong hak penyokong untuk membantah tanpa melanggar undang-undang.

Sebahagian penyokong United juga berhimpun di luar Hotel Lowry - tempat pemain menginap - sebelum perlawanan itu.

Must, yang menuntut United memberi respons bertulis menjelang lusa, telah mengemukakan usul bagi kelab itu mengatasi masalah ini.

Ia termasuk meminta kelab itu menyertai semakan terhadap pentadbiran bola sepak melibatkan penyokong, serta melantik pengarah bebas ke lembaga kelab.

Must juga mahu United bekerjasama dengannya dan penyokong lain berhubung skim perkongsian penyokong dan mengadakan perbincangan dengan pemilik tiket musiman bagi sebarang perubahan penting di kelab itu. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg