Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pep akui City tidak berlatih tendangan penalti

Oct 17, 2016 | 7:36 AM
Penjaga gol Everton, Marten Stekelenburg, menyelamatkan sepakan penalti pemain Manchester City, Sergio Aguero, dalam perlawanan EPL yang berakhir dengan seri 1-1 di Stadium Etihad pada Sabtu (15 Okt).
Penjaga gol Everton, Marten Stekelenburg, menyelamatkan sepakan penalti pemain Manchester City, Sergio Aguero, dalam perlawanan EPL yang berakhir dengan seri 1-1 di Stadium Etihad pada Sabtu (15 Okt). - GAMBAR REUTERS

LONDON: Pep Guardiola mengakui pemain Manchester City tidak berlatih melakukan sepakan penalti sebelum mereka seri 1-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton di Stadium Etihad Sabtu lalu (15 Okt).

Tendangan penalti Kevin de Bruyne dan Sergio Aguero diselamatkan oleh penjaga gol Maarten Stekelenburg sebelum tandukan pemain gantian Nolito memperoleh gol penyamaan dan satu mata bagi City.

Romelu Lukaku menyumbatkan gol bagi Everton mendahului sebelum itu.

Bagi Aguero, ini kali kedua dalam seminggu beliau gagal menjaringkan gol daripada tendangan penalti, selepas kegagalannya bagi Argentina semasa kekalahan 1-0 di tangan Paraguay dalam kelayakan Piala Dunia Selasa lalu.

City hanya menjaringkan empat gol daripada lapan tendangan penalti musim ini. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg