Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Pep: VAR kucar-kacirkan EPL

var
Dec 31, 2019 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus Manchester City Pep Guardiola, kelmarin, berkata sistem video untuk menyemak keputusan pengadil VAR 'kucar-kacir', selepas beberapa perlawanan Liga Perdana England sekali lagi dibayangi keputusan penuh kontroversi.



VAR, yang diperkenalkan oleh Liga Perdana England (EPL), musim ini telah memecah belahkan pendapat, dengan tiada tanda kontroversi yang mengiringinya akan berkurangan atau peminat bola sepak kian menerima sistem ini.



"Setiap hujung minggu seperti ini... kucar-kacir. Ia terjadi dalam perlawanan kami dan juga perlawanan yang melibatkan pasukan lain," kata Guardiola, sejurus selepas City menewaskan Sheffield 2-0 kelmarin.



Perlawanan itu antara beberapa perlawanan yang melibatkan gol tidak sah selepas pemeriksaan VAR, yang merumuskan kesemuanya gol dalam perlawanan itu boleh dikaitkan dengan kedudukan offside.



Sheffield, dari Yorkshire, menyangka ia telah mendahului City seawal minit ke-28, tetapi gol yang dijaringkan oleh Lys Mousett dianggap tidak sah oleh VAR kerana Mousett didapati berada dalam kedudukan offside.



Sejurus selepas insiden itu, kededua kumpulan penyokong bersorak dan melaungkan bantahan terhadap VAR - "Ini bukan lagi bola sepak" - cogan kata yang kini sering diteriakkan di beberapa perlawanan.



Pengurus Sheffield, Chris Wilder berkata pemain penyerang Norwich City Teemu Pukki juga mengalami nasib serupa, apabila gol yang dijaringkannya dalam perlawanan dengan Tottenham Hotspur dianggap tidak sah kerana offside.



Perlawanan itu berkesudahan 2-2.



Kata Wilder, ada antara 'lapan atau sembilan' insiden hujung minggu lalu.



"Tiada bukti kukuh... (yang ada) hanya garisan dan ukuran kurang jelas... perlu ada cara yang lebih jelas untuk mendapat huraian lebih jelas," kata beliau.



Ditanya tentang penyokong City yang bersatu dengan penyokong Sheffield untuk membantah penggunaan VAR, Wilder berkata perkara itu tidak menghairankannya.



"Penyokong bola sepak seluruh negara membantah penggunaannya," kata beliau.



Ditanya sama ada sistem itu perlu diperbaiki atau diketepikan keseluruhannya, Wilder berkata:



"Ia bukan keputusan saya...tapi ia perlu diperbaiki."



"Bagi saya, sistem ini belum lagi mencapai tahap di mana ia telah diperhalusi untuk digunakan secara berkesan."



Wilder juga akur beliau kurang puas hati dengan urutan kejadian yang menyebabkan Sheffield ketinggalan satu gol.



Pengadil Chris Kavanagh dilihat mengadang pemain pertahanan United, sebelum Kevin De Bruyne menghantar bola kepada Sergio Aguero untuk menjaringkan gol pertama.



"Saya telah bertemu dengan pengadil dan beliau bersikap jujur... kita semua membuat kesilapan dan saya percaya beliau telah berbuat demikian," kata Wilder.



"Bagi saya, kita bercakap tentang undang-undang baru di mana pengadil perlu meniup wisel apabila bola terkena tubuhnya. Dari sudut pandangan ini, pengadil perlu membuat keputusan yang sewajarnya apabila beliau mengadang pergerakan pemain.



"Jika beliau berbuat demikian, tiada sesiapa akan mempertikaikan keputusannya." - Reuters




"Setiap hujung minggu seperti ini... kucar-kacir. Ia terjadi dalam perlawanan kami dan juga perlawanan yang melibatkan pasukan lain."
- Pengurus Manchester City Pep Guardiola




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >