Premium
Peranan 'abang' bagi Amri bersama Young Lions
Penyerang nasional sahut cabaran baru, tidak ikut jejak sembilan bekas rakan LionsXII yang sertai skuad glamor Tampines musim ini
Feb 5, 2016 | 5:30 AM
MATLAMAT TIDAK PERNAH BERUBAH: Khairul Amri berazam terus menyumbatkan gol apabila menyarungi jersi Garena Young Lions musim ini. - Foto fail -
TIADA ragu-ragu lagi Khairul Amri adalah antara pemain penyerang utama Singapura.
Sesuai dengan reputasinya, mungkin agak janggal melihat penyerang handalan itu 'menolak' peluang menyarungi jersi kelab glamor setempat musim ini, Tampines Rovers - tidak seperti sehingga sembilan bekas rakannya daripada skuad LionsXII yang dibubarkan baru-baru ini.

