Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Perbuatan berlutut lambang kukuh tangani diskriminasi: Vieira

Aug 06, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Crystal Palace Patrick Vieira berkata adalah penting pasukan-pasukan Liga Perdana England (EPL) meneruskan perbuatan berlutut kerana ia lambang kukuh usaha menangani diskriminasi dalam sukan.



Perbuatan berlutut itu - yang pada musim lalu dilakukan pemain sebelum wisel permulaan setiap perlawanan EPL - akan dikurangkan pada musim ini.



Ia hanya akan dilakukan di beberapa perlawanan EPL, Piala FA dan Piala Liga tertentu.



Keputusan itu diambil oleh kapten pasukan-pasukan EPL baru-baru ini, selepas mendapatkan maklum balas rakan sepasukan.



"Kita tidak boleh menghentikan perbuatan ini serta-merta kerana masih ada pendirian yang harus diketengahkan," kata Vieira.



"Bagi saya, adalah penting untuk kita terus berlutut untuk menunjukkan kita semua menentang diskriminasi... dan kita akan terus melakukannya musim ini.



"Perjuangan bagi usaha ini adalah bagi jangka panjang, sebab itu kita harus berlutut," kata Vieira lagi.



Aksi berlutut dalam sukan ini bermula untuk menyokong pergerakan Black Lives Matter yang muncul menyusuli kematian George Floyd di Amerika Syarikat pada Mei 2020.



Ia dilakukan sebelum perlawanan Perisai Masyarakat antara Liverpool dengan Manchester City pada Minggu lalu.



Ia juga akan dilihat di perlawanan pembuka dan penutup tirai musim 2022-23; di perlawanan yang berlangsung pada 26 Disember; dan perlawanan tertentu pada Oktober dan Mac, yang dikhususkan bagi kempen "No Room for Racism" atau "Tiada Ruang bagi Perkauman".



Atlet pertama yang berlutut ialah pemain NFL Colin Kaepernick, yang berlutut sebagai bantahan dalam senyap kepada diskriminasi, semasa lagu kebangsaan Amerika dimainkan sebelum perlawanan NFL.



Pada Februari tahun lalu, pemain Palace, Wilfried Zaha berkata beliau tidak lagi akan berlutut kerana perbuatan itu tidak mendatangkan kesan dan pemain kulit hitam sepertinya masih dikecam. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >