Premium
Perenang menang pingat kedua S'pura
Sep 13, 2016 | 5:30 AM

PENUH BERMAKNA: Pingat ini adalah yang pertama bagi Theresa Goh dalam empat edisi Paralimpik. - Foto REUTERS -
RIO DE JANEIRO: Perenang, Theresa Goh, memenangi pingat kedua Singapura di temasya Sukan Paralimpik yang kini berlangsung di Rio apabila merangkul pingat gangsa perlumbaan 100 meter kuak dada (SB4) kelmarin (awal pagi semalam waktu Singapura).
Berusia 29 tahun dan dilahirkan dengan penyakit tulang belakang yang dipanggil 'spina bifida' yang menyebabkannya lumpuh separuh badan, Goh menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1 minit dan 55.55 saat di Pusat Akuatic Olimpik.

