RENANG
Perenang muda menang dua gangsa
Dua pingat pertama bagi Ardi Zulhilmi di kejohanan peringkat serantau
Jul 31, 2019 | 05:30 AM
PERENANG muda berbakat, Ardi Zulhilmi Mohamed Azman, memenangi pingat pertamanya - dua butir gangsa - di kejohanan peringkat serantau.
Pelajar Sekolah Menengah Outram berusia 16 tahun ini - yang menggondol dua pingat emas di Kejohanan Antara Sekolah-Sekolah Nasional Divisyen 'B' di Pusat Akuatik OCBC pada April lalu - menaiki podium dua kali di kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Asean (ASG) yang berlangsung di Semarang, Indonesia.