CLARK (FILIPINA): Perenang Singapura Quah Zheng Wen, yang memenangi enam pingat emas dan dua perak di temasya Sukan SEA ke-30, telah diberi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) untuk atlit lelaki kelmarin.
Atlit 23 tahun itu telah memenangi acara kuak lentang 100 meter dan 200 meter, 200 meter kuak kupu-kupu individu dan merupakan sebahagian daripada pasukan relay yang berjaya dalam acara gaya bebas 4x100 meter dan 4x200 meter serta medley 4x100 meter di Kompleks Akuatik New Clark City.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg