Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN KOMANWEL

Perenang rangkul pingat pertama SG

Aug 01, 2022 | 05:30 AM



BIRMINGHAM: Perenang nasional Singapura, Teong Tzen Wei, berjaya meraih pingat pertama Singapura kelmarin di Sukan Komanwel yang sedang berlangsung. Beliau dan berada di tempat kedua kategori lelaki, kuak kupu-kupu 50 meter.



Akhbar The Straits Times (ST) melaporkan beliau mencatatkan 23.21 saat untuk membawa pulang pingat perak di Pusat Akuatik Sandwell di Smethwick, England.



Perenang England, Ben Proud, pula merangkul pingat emas dengan mencatat rekod 22.81 saat manakala perenang New Zealand, Cameron Gray, pula meraih pingat gangsa dengan masa 23.27 saat.



Kata Teong, 24 tahun: "Setiap orang ke sini untuk menang. Saya gembira dengan pingat perak ini tetapi saya fikir saya boleh lakukan yang lebih cepat dan lebih baik pada masa depan. Lantaran itu, saya ingin tinjau semula bagaimana saya boleh memperbaiki perlumbaan saya.



"Dalam setiap perlumbaan, saya akan berikan yang terbaik tanpa mengira hasilnya saya jadi juara atau di tempat terakhir. Saya sentiasa hanya ingin memperbaiki diri dan menjadi lebih baik lagi kerana saya tahu dalam perlumbaan kali ini, ia bukanlah masa terbaik saya dan kita semua bersaing dengan diri kita sendiri."



Beliau telah melayakkan diri ke peringkat akhir sebagai perenang kedua paling pantas pada Jumaat dengan masa 23.24 saat.



Hanya Proud yang pernah memenangi tiga pingat emas di Sukan Komanwel yang mencatat masa lebih baik daripadanya iaitu 23.06 saat.



Perenang Trinidad and Tobago, Dylan Carter, adalah yang ketiga terpantas dengan 23.41 saat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >