Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN ASIA HANGZHOU

Perenang sasar catat masa terbaik, mungkin raih dua pingat

Sep 19, 2023 | 03:08 PM



Memenangi pingat sering dikaitkan dengan pasukan renang Singapura.

Tetapi di Sukan Asia, jurulatih nasional, Gary Tan memilih untuk mengalihkan tumpuannya daripada tekanan meraih kejayaan di podium.

Sebaliknya, sasaran yang ditetapkan bekas perenang negara itu adalah untuk anak didiknya mencapai masa kelayakan bagi Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun, Tan berkata bahawa mana-mana pingat yang dirangkul di temasya sukan Hangzhou, China, dari 23 September hingga 8 Oktober itu dianggap sebagai ‘bonus’.

Dua pingat “mungkin” dapat diraih di Sukan Asia, tambah Tan, meskipun beliau mengakui kemenangan pingat kali ini lebih mencabar tanpa satu-satunya pemenang pingat emas Sukan Olimpik Singapura, Joseph Schooling, dalam skuad negara.

Bercakap semasa hari media Sukan Asia Akuatik Singapura di Pusat Akuatik OCBC baru-baru ini, Tan berkata:

“Kami menjelaskan kepada perenang bahawa fokus sebenar mereka adalah masa yang kami ingin mereka capai, terutamanya standard masa Sukan Olimpik.

“Matlamat akhirnya adalah untuk mereka layak ke Sukan Olimpik. Tetapi, saya fikir jika mereka berjaya mencatat masa itu, pingat akan muncul dengan sendirinya dan itu juga akan menjadi bonus untuk mereka.” 

Walaupun Singapura dinobat pasukan negara ketiga terbaik dalam sukan renang pada 2018 setelah meraih dua emas, satu perak dan tiga gangsa – di belakang juara Jepun dan naib johan China – tugasnya akan lebih sukar untuk skuad dengan seramai 23 perenang.

Pemenang dua pingat emas Sukan Asia, Schooling, tidak ditampilkan dalam edisi kali ini.

Tan, yang menyifatkan edisi temasya sukan Hangzhou sebagai “era pasca Joseph Schooling”, memberi sasaran dua pingat. 

“Sentiasa terdapat jangkaan untuk kami mengatasi pungutan pingat pada edisi sebelumnya. Tetapi, ia sebenarnya lebih sukar tahun ini.

“Ini pasukan yang baru dan Sukan Asia ini akan menjadi pengalaman pertama beberapa perenang. Kami akan ke sana dengan jangkaan mungkin menang dua pingat. Apa warnanya yang kami tidak pasti,” kata beliau.

Tan menyatakan acara kupu-kupu 50 meter dan gaya bebas 50 meter lelaki sebagai acara berpotensi bagi Singapura merangkul pingat.

Mikkel Lee dan Teong Tzen Wei dijadualkan beraksi dalam acara kupu-kupu 50 meter lelaki manakala Jonathan Tan akan bersaing dalam gaya bebas 50 meter lelaki.

Teong dua kali mencatatkan masa terpantas di Asia dalam acara kupu-kupu 50 meter pada 2022, manakala Jonathan Tan mencatatkan masa kedua dan ketiga terpantas di Asia untuk gaya bebas 50 meter lelaki pada 2023 dan mencapai masa kelayakan Sukan Olimpik bagi acara itu pada Sukan SEA 2023.

Jonathan Tan, 21 tahun, berkata:

“Ia sentiasa mengenai mencatat masa terbaik peribadi untuk saya. Saya masih menyasarkan masa kelayakan Sukan Olimpik untuk acara gaya bebas 100 meter lelaki, cuba untuk mempercepatkan masa saya dalam gaya bebas 50 meter dan ia adalah bonus jika saya menang pingat.”

Membuat penampilan sulung di Sukan Asia ialah Letitia Sim, yang berada dalam prestasi cemerlang. 

Perenang berusia 20 tahun itu mencatat rekod kebangsaan dalam acara kuak dada 50 meter, 100 meter dan 200 meter tahun ini.

Sim berkata: “Saya cuba bersikap tenang sebaik mungkin. Saya akui saya tidak tahu di mana kedudukan saya dalam Sukan Asia tetapi apa sahaja boleh berlaku. Apabila masanya untuk berlumba, saya akan hanya memberikan yang terbaik.”

Skuad renang Singapura di Sukan Asia Hangzhou turut dianggotai trio adik-beradik Quah – Ting Wen, Zheng Wen serta Jing Wen – dan perenang lain seperti Ardi Azman dan Marina Chan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >